Home » Langit Terbuka » Akaun Twitter menyamar Jakim digantung

Akaun Twitter menyamar Jakim digantung

SKMM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun palsu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya. - Foto MyNewsHub

PETALING JAYA –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan akaun Twiter yang cuba menyamar sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah digantung, dengan kerjasama pantas penyedia perkhidmatan itu.

Akaun menggunakan nama dan lambang jabatan kerajaan itu didapati berniat untuk memuat naik hantaran bersifat menghina agama, serta mengandungi ucapan kebencian.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun palsu sedemikian dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bernama melaporkan Jakim dimaklumkan tentang kewujudkan akaun “parodi” itu oleh pengguna Twitter.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *