Home » Citra Yadim » Aktiviti Pembersihan Sungai Dalam Program JASA Dan 3S

Aktiviti Pembersihan Sungai Dalam Program JASA Dan 3S

CHERAS – Sempena Hari Malaysia Bahagian Khidmat Sosial YADIM bekerjasama dengan muslimat Surau As Syakirin Bandar Mahkota Cheras melaksanakan program Jaga Alam Sekitar Anda (JASA) dan 3S (Santai, Sejahtera, Silaturahim) mengambil semangat patriotik dan kebersihan serta menjaga alam adalah sebahagian daripada ibadah.

Lebih 60 orang muslimat hadir dan melaksanakan aktiviti pembersihan di sekitar Sungai Batu 15 Hulu Langat dalam program yang berlangsung pada 16 September ini. Turut diadakan aktiviti gotong royong memasak nasi kerabu, senam irama dan tazkirah ringkas.

Ahli Majlis Zon 4, Bandar Mahkota Cheras, Puan Siti Razimi A. Razak, bersama Pengarah Bahagian Khidmat Sosial YADIM, Encik Shahrizal Mat dan Pengerusi Surau As Syakirin Bandar Mahkota Cheras, Encik Ahmad Yusup juga telah terlibat sama dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *