Home » Langit Terbuka » Aktiviti seni dan hiburan perlu dikawal nilai moral dan agama

Aktiviti seni dan hiburan perlu dikawal nilai moral dan agama

Menurut Mufti Pulau Pinang, cinta yang menjurus kepada kebebasan yang melulu tidak perlu ditonjolkan dalam aktiviti seni. - Foto Says

PULAU PINANG – Aktiviti kesenian dan hiburan perlu dikawal dengan nilai-nilai moral serta agama kerana kegiatan seni dan hiburan yang terlepas daripada kawalan akan menjerumuskan manusia ke jurang kemusnahan.

Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana aktiviti seni mampu mendorong ke arah ketinggian sebagaimana ia juga mampu mengheret ke jurang kehancuran.

“Sesungguhnya dunia seni amat luas dan indah.

“Kenapa harus disempitkan dalam batas seksual sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Salim cinta yang menjurus kepada kebebasan yang melulu tidak perlu ditonjolkan dalam aktiviti seni.

“Sebaliknya perlu ditampilkan cinta dalam pengertiannya yang luas mencakupi cinta Ilahi, cinta alam sekeliling, cinta ibu bapa, cinta kepada negara dan cinta kepada sesama manusia seluruhnya,” katanya. – Utusan Online

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *