Home » Langit Terbuka » Alasan peluk Islam ahli politik Jerman yang mengejutkan

Alasan peluk Islam ahli politik Jerman yang mengejutkan

Arthur Wagner memeluk Islam kerana kecewa dengan agama Kristian yang menyokong pernikahan gay. Foto : The Times UK

BERLIN – Seorang ahli politik dari Parti Alternative for Germany (AfD) mengejutkan rakan-rakannya dengan keputusannya memeluk Islam sekaligus membuatkan Arthur Wagner juga menjadi berita utama di seluruh dunia setelah diketahui beliau menjadi mualaf.

Wagner menyatakan alasannya memeluk Islam kerana tidak senang dengan keputusan gereja untuk menerima pernikahan gay.

Beliau yang berusia 48 tahun itu telah mengubah namanya menjadi Ahmad.

“Salah satu alasan saya memeluk Islam adalah kerana gereja kini telah berubah, yang saya tidak mengerti lagi,” kata Wagner dalam satu wawancara dengan surat khabar, Bild.

Beliau sebelum ini adalah seorang penganut Kristian yang taat dan anggota gereja Protestan setempat.

“Ini sikap mereka terhadap AfD, terhadap pernikahan gay,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa tidak senang kerana pendeta Protestan telah mengikuti perarakan gay di Berlin.

“Dengan anak-anak di sana! Itu tidak benar,” tegasnya.

Parti yang disertai Wagner adalah parti nasionalis pertama yang memenangi kerusi di parlimen Jerman pada tahun lalu.

AfD dikenali dalam kempen-kempennya yang anti-Muslim secara terbuka. Salah satu slogan yang digunakan adalah “Islam tidak memiliki tempat di Jerman.”

Wagner mengatakan dirinya ingin tetap berada di dalam parti tersebut dan membangun jambatan di antara Muslim Jerman dengan masyarakat arus perdana.

Ini bukan pertama kali seorang ahli politik anti-Islam beralih ke agama yang ditentangnya.

Pada tahun 2012, Arnoud van Doorn dari Parti Kebebasan Belanda (PVV) yang dikenal anti-Islam, mengumumkan pengislamannya. Anak sulungnya, Iskander Amien De Vries juga masuk Islam.

“Saya melihat ayah saya menjadi lebih tenang setelah memeluk Islam. Saat itulah saya menyedari ada sesuatu yang baik dalam agama ini dan itu membuat saya mengubah persepsi saya tentang umat Islam. Saya mulai belajar Al-Quran,” kata De Vries.- Telegraph, Ilmfeed,KIBLAT.NET

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *