Home » Ensiklopedia » ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T  IALAH PENCIPTA langit dan bumi. Dialah yang menciptakan manusia daripada tanah, mematikannya, dan membangkitkannya kembali daripada tanah. Dia memberinya rezeki, mengirimkan angin dan menurunkan hujan. Dia juga menciptakan malam dan siang serta memudahkan peredaran matahari dan bulan mengikut waktu yang ditetapkan. Al-Quran menyebut kata “Allah” sebanyak 2 697 kali. Penyebutan itu selalu dimulakan dengan menerangkan keesaan Allah dan diakhiri dengan keesaan-Nya juga. Semuanya menjelaskan pentingnya tauhid, iaitu keyakinan tentang keesaan Allah S.W.T., bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T.

KEBESARAN ALLAH

Ada banyak bukti kebesara Allah S.W.T. Adanya alam semesta ini merupakan tanda kebesaran-Nya. Allah S.W.T. tidak hanya menciptakan tumbuh-tumbuhan tetapi juga memebezakan rasanya antara satu sama lain , padahal semuanya disirami air yang sama (Q.13:4). Haiwan juga termasuk makhluk yang disebut dalam Al-Quran sebagai tanda kebesaran Allah S.W.T.(Q.20:54). Oleh sebab itu , Rasullullah s.a.w. pernah bersabda, ”Allah melaknat orang yang menyeksa haiwan dan memperlakukannya dengan kejam (H.R Bukhari)

WUJUD ALLAH

Dalam al- Quran dan hadis tidak dijumpai keterangan tentang kewujudan Allah S.W.T. Khalifah Ali bin  Abu Talib pernah menjelaskan tentang kewujudan Allah S.W.T.: “ Dia tidak dapat dilihat oleh mata dengan pandangan kasar, namun dapat dilihat oleh hati dengan hakikat keimanan.” Begitu juga ketika Nabi Musa a.s. ingin melihat kewujudan  Allah S.W.T., baginda atidak mampu mellihat-Nya (Q.7:143). Dalam sebuah hadis Qudsi dinyatakan,  “Aku ( Allah) ialah sesuatu yang tersembunyi , Aku bekehendak untuk dikenal, maka Kuciptakan makhluk  agar mereka menegenal-Ku.” Hadis ini menyatakan bahawa manusia boleh mengenal Allah S.W.T dengan memerhatikan ciptaan- Nya yang ada di alam maya.

SIFAT ALLAH S.W.T

Sifat Allah S.W.T. berbeza daripada sifat manusia,sehingga manusia tidak dapat menyamai darjat dan hakikat sifat Allah S.W.T. Jika diktakan bahawa manusia dapat melihat dan mendengar, maka sifat itu hanya penyebutan secara lahiriah atau kiasan, bukan dalam hakikat sebenarnya  Manakala sifat melihat dan mendengar dalam zat Allah S.W.T. jauh lebih sempurna. Begitu juga dengan sifat lainnya yang membezakannya daripada sifat makhluk, diberikan predikat “ Maha”, seperti Maha Mengetahui, Maha Besar  dan  lainnya yang banyak disebut dalam al- Quran.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *