Home » Lagenda » TUN ABDUL RAZAK

TUN ABDUL RAZAK

SEORANG NEGARAWAN Tun Abdul Razak bin Hussien, dilahirkan pada 11 Mac, 1922 di Pekan Pahang. Beliau berasal daripada keluarga bangsawan. Ayah beliau, seorang pegawai tinggi Kerajaan Negeri dan mempunyai hubungan yang rapat dengan istana. Walau bagaimanapun, Tun Abdul Razak dibesarkan oleh datuknya, di Kampung Jambu Langgar. Beliau menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Kampung Jambu Langgar, Pekan. Beliau menerima pendidikan awal di sebuiah sekolah Melayu di Kampung Jambu Langgar, Pekan. Beliau kemudian menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan mendapat Sijil Cambridge, dalam masa empat tahun. Tun Abdul Razak kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Raffles dan seterusnya pergi London serta berjaya mendapat Ijazah Undang- Undang.

PASUKAN 13

Ketika pemerintahan tentera Jepun, Tun Abd Razak dan kawan- kawannya menerbitkan akhbar mingguan bertajuk “The Gegaran Masa”. Beliau secara senyap- senyap telah bersama- sama pemuda- pemuda Melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan tentera Jepun, menyertai ‘Force 136’ sebuah unit elit tentera bersekutu. Pasukan ini melancarkan perang gerila terhadap Jepun dan telah berjaya mensabotaj kegiatan tentera Jepun menyerah kalah, Tun Abd Razak sudah berpangakt kapten.

BAPA PEMBANGUNAN

Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970 iaitu tidak beberapa tahun 1970 iaitu tidak beberapa lama tercetusnya Peristiwa 13 Mei, 1969. Beliau telah meletakkan asas pembangunan Negara yang kukuh melalui projek- projek seperti Program Membasmi Kemiskinan. Program Membasmi Buta Huruf, Bumi Hijau dan sebagainya. Program Pembangunan Negara diseimbangkan dengan pembangunan rohani, melalui pembinaan masjid yang lebih banyak dan aktiviti keagamaan dipertingkatkan. Berikutan jasa beliau yang begitu banuak dan besar dalam pembangunan Negara, beliau telah digelar Bapa Pembangunan.

MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM JAWATAN

Tun Abdul Razak cukup dikenali dengan kebijaksanaan dan kerajinannya. Beliau berkerja keras untuk membangunkan Negara tanpa mempedulikan kesihatan dirinya. Beliau telah meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 dan ditangisi oleh setiap lapisan rakyat yang begitu menyayangi dan menghormatinya. Beliau meninggal dunia ketika masih menjadi Perdana Menteri, dalam usia 54 tahun kerana penyakit leukemia. Jenazah beliau disemadikan di Makam Pahlawan. Anak sulung Alkahyarham Tun Abd Razak, Dato’ Seri Najib, menurut jejak langkah ayahandanya menceburi bidang politik dan menjadi Perdana Menteri  Malaysia sekarang ini.

TUN ABDUL RAZAK

1922- dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan Pahang.

1934- belajar di Maktab Melayu Kuala kangsar (MCKK)

1947- mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke England

1959- dilantik Tunku sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

1962- melancarkan Buku Merah

1965- sebagai Menteri Pelajaran, mengemukakan Penyata Razak

1966- melancarkan Buku Hijau (Rancangan Malaysia Pertama)

1970- menggerakkan usaha menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1971- menggantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia

1976- meninggal dunia di London

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *