Home » Citra Yadim » Almarhumah Puan Hajah Azizah binti Haji Pin ahli SAY Batu Kurau meninggal dunia

Almarhumah Puan Hajah Azizah binti Haji Pin ahli SAY Batu Kurau meninggal dunia

SUKARELAWAN YADIM (SAY) hari ini (3 Mac) menerima khabar duka apabila salah seorang ahli terawal pasukan itu menghembuskan nafas terakhirnya.
Almarhumah Puan Hajah Azizah binti Haji Pin merupakan salah seorang ahli SAY Batu Kurau, Perak dan mantan ahli jawatankuasa pertama untuk Batu Kurau.
Berusia 83 tahun ketika meninggal Dunia, beliau merupakan ahli SAY yang cukup aktif ketika masih sihat walaupun seorang warga emas.
Beliau menyertai pasukan sukarelawan YADIM ini pada tahun 2003 (ketika itu Sukarelawan Al Falah) dan bergiat aktif dalam pelbagai program menyantuni masyarakat.
Ketika hayatnya, almarhumah merupakan antara individu terawal yang berusaha menubuhkan pasukan sukarelawan di Batu Kurau.
Diamanahkan dengan jawatan dalam unit kebajikan dan keagamaan, belia giat menggerakkan aktiviti bantuan selain kelas mengaji Al Quran untuk kanak-kanak serta warga emas. Pendek kata, beliau meluangkan sebahagian besar masanya dengan program kesukarelawanan.
Dikenali sebagai seorang yang sering membantu dan terlibat dengan program keagamaan di surau dan masjid di Batu Kurau, maka tidak hairanlah Almarhumah Puan Hajah Azizah sangat disenangi dan disayangi penduduk kampung.
YADIM yang secara kebetulan mengadakan program Cuci-Cuci dan Ziarah Mahabbah di Batu Kurau, sempat menziarahi beliau sehari sebelum pemergiannya, semalam.
Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Puan Hafsah Husain dan kakitangannya yang harin ini masih berada di Batu Kurau, telah meluangkan masa hadir memberi penghormatan terakhir untuk Almarhumah Puan Hajah Azizah.
Takziah diucapkan atas pemergian Almarhumah, semoga keluarga beliau tabah dengan ujian ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *