Home » Citra Yadim » Kunjung hormat YADIM Negeri Johor kepada APM Negeri Johor

Kunjung hormat YADIM Negeri Johor kepada APM Negeri Johor

LENSA Kunjung hormat YADIM Negeri Johor kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor di Pejabat APM Negeri Johor, Johor Bahru pada 4 Mac.
YADIM Johor telah mengambil peluang untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama menjayakan Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani dan Bicara Dakwah Madani untuk Ramadan ini selain menganjurkan Kursus Bimbingan Kerohanian untuk pegawai dan kakitangan APM.
Turut disentuh ialah cadangan penubuhan pasukan Civil Defence Auxiliary (CDA) Peringkat YADIM Johor.
Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Johor, Encik Muhamad Ammar Abdullah, Penolong Pegawainya, Ustaz Ridzuan Shaaban dan Daie Muda YADIM Khairun Najmi.
Penolong Pesuruhnya (PA) Kamal Mokhtar selaku Pengarah APM Negeri Johor, Leftenan Kolonel (PA) Erwin @ Elverowen Kinsui, Timbalan Pengarah APM Johor dan Kapten (PA) Mazran Mohamed, Pegawai APM Daerah Johor Bahru hadir bagi pihak APM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *