Home » Langit Terbuka » Amaran merah 2018: Perang dan konflik

Amaran merah 2018: Perang dan konflik

NEW YORK 1 Jan. – Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, semalam mengeluarkan amaran merah kepada dunia menjelang ketibaan tahun 2018.

Menerusi mesej Tahun Baharu, memberi amaran tentang ancaman perang nuklear dan perubahan iklim selain konflik yang dijangka berlaku pada tahun ini.

“Konflik semakin meruncing dan bahaya baru telah muncul. Kebimbangan global tentang senjata nuklear adalah yang tertinggi sejak Perang Dingin tercetus.

“Perubahan iklim juga berlaku lebih cepat. Ketidaksamaan semakin berleluasa. Kita dapat melihat pelanggaran hak asasi manusia yang semakin serius. Nationalisme dan xenophobia menunjukkan peningkatan mendadak,” katanya.

Ancaman yang paling ditakuti pada masa ini adalah pertelingkahan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara yang saling mengancam antara satu sama lain selepas Pyongyang melancarkan siri ujian peluru berpandu pada tahun lalu.

Guterres dalam satu kenyataan turut menggesa komuniti antarabangsa supaya menjadikan 2018 sebagai ‘tahun perpaduan’ untuk menangani krisis dan isu global. – Press TV

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *