Home » Kenyataan Media » AMERIKA SYARIKAT HILANG KELAYAKAN BERCAKAP ISU KEMANUSIAAN

AMERIKA SYARIKAT HILANG KELAYAKAN BERCAKAP ISU KEMANUSIAAN

YADIM bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menolak usul dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi genjatan senjata kemanusiaan segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza.

Ini sekaligus mengesahkan mereka sudah hilang kelayakan bercakap apa-apa pun dalam isu kemanusiaan apatah lagi memperjuangkan kemanusiaan sedangkan mereka mengagalkan malah menentang usaha bantuan kemanusiaan tatkala angka korban rakyat Palestin menjangkau 17,000 orang.

YADIM teguh berdiri bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia dalam ketegasan YAB Perdana Menteri menyelar dan kesal terhadap sikap pimpinan AS yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan ini. Tindakan ini memperlihatkan AS masih mempertahankan tindakan Israel melakukan pembunuhan tanpa sekatan di Gaza.

AS menolak usul di mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat lalu bagi mengagalkan secara undi veto kepada 13 negara anggota yang mengundi bersetuju dengan usul ini manakala United Kingdom memilih berkecuali.  Usul ini ditaja oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan negara-negara Arab.

Bagi maksud ini YADIM menyeru kepada semua entiti dalam masyarakat Malaysia, untuk penuh iltizam berpadu memberikan sokongan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dalam hal ini.  Keutuhan sokong daripada seluruh rakyat Malaysia akan memberi sokongan kuat kepada beliau untuk terus memperjuangkan isu penindasan dan kezaliman ini di peringkat antarabangsa.

YADIM menyeru kepada semua pihak terutamanya parti politik untuk menjadikan isu ini titik persamaan membawa satu perjuangan rakyat Malaysia keseluruhannya dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin melalui wibawa Perdana Menteri Malaysia.

YADIM juga menyeru kepada semua pergerakan massa, organisasi masyarakat untuk terus mengiatkan usaha penerangan berkaitan isu Palestin dan kemanusiaan di dalam masyarakat.

RABU 12 Disember 2023/ 28 Jamadilawal 1445

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *