AMERIKA SYARIKAT HILANG KELAYAKAN BERCAKAP ISU KEMANUSIAAN

YADIM bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menolak usul dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi genjatan senjata kemanusiaan segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza. Ini sekaligus mengesahkan mereka sudah hilang kelayakan bercakap apa-apa pun dalam isu kemanusiaan apatah lagi memperjuangkan kemanusiaan sedangkan […]

AS kritik Isr@el buat pertama kali

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Selasa buat pertama kalinya mengkritik Isr@el sejak bertahun-tahun lalu kerana rancangan rejim Zionis mahu membina penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat menyatakan bahawa ia menentang dengan ‘kuat’ pembinaan penempatan haram baharu tersebut di wilayah Palestin itu. Reaksi tersebut dibuat selepas empat […]

Emir Kuwait meninggal dunia

BANDARAYA KUWAIT – Pemerintah Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah, yang dikenali sebagai arkitek dasar luar Kuwait moden dan turut menjadi perantara ketika berlaku ketegangan di kawasan Teluk disahkan meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun. Kerajaan Kuwait segera menamakan adik tirinya berusia 83 tahun, Putera Mahkota Sheikh Nawaf al-Ahmad Al-Sabah, sebagai pewarisnya. Sheikh Sabah mempunyai […]

Kenyataan media bersama membantah projek terowong terbaharu di Baitulmaqdis Timur

KUALA LUMPUR – MANAR, SHURA dan MAPIM menyeru masjid seluruh dunia untuk bangkit membantah projek terowong baru di Baitulmaqdis Timur. Kami mengutuk utusan Amerika Syarikat (AS) yang pada Ahad lalu memecahkan tembok sebagai permulaan projek pembukaan terowong dan kerja kerja penggalian di bawah Masjid Al Aqsa. Ini merupakan tanda sokongan kuat Washington kepada Israel untuk […]

Malaysia sertai negara lain elak guna ruang udara konflik

QATAR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjadi antara syarikat penerbangan dunia yang mengelak daripada menggunakan ruang udara dikawal Iran – Selat Hormuz dan Teluk Oman – selepas Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengeluarkan nota amaran, kelmarin. Beberapa syarikat dilaporkan sudah menyusun semula jadual perjalanan, dan sesetengahnya menggantung penerbangan yang sebelum ini menggunakan ruang udara […]

Liga Arab selar keputusan Moldova pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

ANKARA – Liga Arab pada Rabu mengutuk keputusan Moldova untuk memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan liga itu. “Langkah itu merupakan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi berkaitan legitimasi antarabangsa,” menurut kenyataan akhbar liga itu. Ia berkata keputusan itu adalah ancaman terbuka kepada […]

Palestin desak Mesir, Jordan tak hadir persidangan di Bahrain

GAZA – Palestin mendesak Mesir dan Jordan mempertimbangkan semula kehadiran mereka pada persidangan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, dengan menyatakan ia akan melemahkan pembangkang terhadap rancangan Washington menangani konflik Israel-Palestin. “Pihak Berkuasa Palestin mendesak Mesir dan Jordan untuk tidak menghadiri persidangan di Bahrain,” kata jurucakap Kerajaan Palestin, Ibrahim Melhem. Beliau mengulangi penolakan Palestin terhadap […]

Hamas kutuk duta AS sokong Zionis duduki Tebing Barat

GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk kenyataan duta Amerika Syarikat (AS), David Friedman bahawa Israel berhak mengambil ruang tambahan di Tebing Barat yang diduduki secara haram. Jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata, kenyataan Friedman itu mengetengahkan pembabitan AS dalam tindakan penindasan rejim pengganas Israel dan menyasarkan isu Palestin. “Kenyataan duta AS seiring dengan visi […]

Abdul Halim anak Malaysia pertama Ketua Kompeni Kadet di Amerika

KUALA LUMPUR – Mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, bukanlah tugas yang mudah bagi Abdul Halim Abdul Rahim. Namun sifat kepimpinan anak muda berusia 23 tahun itu, berjaya mengetuai 120 anggota pasukannya dengan cemerlang, selain menonjolkan kemampuan beliau untuk menjadi pegawai tentera […]

Pelajar Malaysia catat CGPA 4.00 di Arizona State University, Amerika Syarikat.

Kuala Lumpur – Maryam Balqis Abdul Rashid merupakan pelajar Malaysia yang telah memperolehi keputusan cemerlang dengan CGPA 4.00 di Arizona State University (ASU). Beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang “Sustainability” dan kursus ini merupakan kali pertama diadakan di ASU. Maryam Balqis merupakan salah seorang pelajar penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) sepanjang tempoh pengajiannya. […]