Anak ayam sebagai modal mulakan perniagaan untuk keluarga asnaf di Kampung Bengkalan

0
201
KUALA SAWAH – “Ayam kami boleh bela, telur boleh jual dan tetaskan, nanti boleh tambah lagi.
“Terima kasih Datuk Menteri dan YADIM yang bagi sumbangan ini,” kata Hasnah Mohd Isa dari Kampung Bengkalan di sini, yang menerima bantuan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 31 Julai.
Wanita gigih berusia 59 tahun ini, merupakan anak bongsu daripada empat beradik, mendedikasikan kehidupannya menjaga dua kakak dan seorang abangnya yang lembam.
Oleh kerana itu, Hasnah tidak dapat keluar bekerja kerana perhatian perlu diberikan kepada adik beradiknya untuk menguruskan kehidupan mereka.
Walaupun sukar, tetapi kelihatan keluarga tersebut berjaya diuruskan dengan sangat baik oleh Hasnah. Rumah mereka yang agak jauh daripada kediaman lain di kampung itu dijaga rapi dan kelihatan sangat bersih.
Keluarga ini kini bergantung kepada bantuan daripada Baitulmal yang diterima setiap bulan.
Sementara itu, sesuai dengan konsep membawa keluar asnaf daripada kemiskinan, YADIM menyumbangkan 100 ekor anak ayam sebagai permulaan untuk mereka menternaknya sehingga besar sebelum dijadikan modal perniagaan.
Ia disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di kediaman Hasnah di sini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris dan Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Mohd Khairul Nizam Khairuddin.
Dalam pada itu, keluarga ini turut menerima sumbangan wang tunai daripada DFr Zulkifli untuk meringankan beban mereka.
Sebelum ini, menggunakan konsep yang sama, YADIM juga telah membantu sebuah keluarga asnaf di Jalan Seremban- Jelebu menerusi sumbangan peti sejuk bagi memulakan perniagaan ikan masin pada 26 Jun.
Terdahulu, Dr Zulkifli menyertai YADIM dalam satu majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada 200 pekerja pembersihan dan pekerja kantin di Port Dickson.
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here