Home » Citra Yadim » 200 pekerja kantin, pembersihan terima sumbangan YADIM Negeri Sembilan

200 pekerja kantin, pembersihan terima sumbangan YADIM Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa hingga kini menyebabkan semakin ramai golongan memerlukan bantuan.

Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 31 Julai telah menyampaikan sumbangan kepada 200 pekerja kantin dan pekerja pembersihan yang terkesan dengan pelaksanaan PKP di sekitar kawasan ini.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu majlis ringkas secara pandu lalu di Masjid Haji Abdullah Sijang di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris, Pegawai Agama Daerah Port Dickson, Ustaz Shafie Muhammad Pengerusi badan bukan kerajaan, My Kasih Care, Syed Shukri Nizam Jaafar dan Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairudin.

Kesemua yang dibantu menerima barangan keperluan harian, set kebersihan dan wang tunai daripada Dr Zulkifli.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menzahirkan penghargaan kepada YADIM yang disifatkannya tidak jemu menyantuni mereka yang memerlukan serta peka dengan situasi masyarakat.

Dr Zulkifli turut meluangkan masa menyantuni kakitangan masjid selepas majlis selesai.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *