Home » Citra Yadim » Angpau untuk En En

Angpau untuk En En

KUALA TERENGGANU – Gadis kecil itu tersenyum setiap kali namanya dipanggil. Meskipun sudah berusia 18 tahun, tetapi tubuhnya tidak seperti seseorang yang berusia sedemikian.

Ibunya menjelaskan, Chang Yu En mengalami masalah semasa lahir akibat kekurangan oksigen mengakibatkan pertumbuhannya bermasalah.

Meskipun sukar bertutur, gadis ini jelas gembira dengan kedatangan rombongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke kediamannya di Taman Seri Manir di sini.

Yu En yang lebih mesra dipanggil En En merupakan antara yang disantuni YADIM Terengganu dalam ziarah mereka pada 24 Februari.

Taman Seri Manir merupakan sebuah kawasan yang majoriti penduduknya adalah berketurunan Tionghua di sini.

Seramai 50 keluarga B40 di kawasan itu, termasuk keluarga Yu En disantuni YADIM Terengganu menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Mewakili badan dakwah ini ialah Pengrah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin. Hadir sama ialah  Timbalan Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ridzuan Hashim.

Tiga belas daripada keluarga yang disantuni merupakan saudara baharu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *