Home » Citra Yadim » Yadim Kelantan ziarah asnaf dan pesakit kronik

Yadim Kelantan ziarah asnaf dan pesakit kronik

TUMPAT – Bertempat di Kampung Neting di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 Februari telah menyantuni tiga pesakit kronik di kawasan ini.
Yanti Ab Rashid yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman dalam paru-paru sejak sebulan yang lalu adalah yang pertama disantuni.
Wanita ini dijaga anaknya, yang terpaksa berhenti berniaga Roti John untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit.
Yanti hanya tinggal berdua dengan anaknya setelah kematian suaminya.Prihatin dengan nasib keluarga ini, YADIM Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan lampin pakai buang, susu formula dan barangan dapur.
Hadir menyampaikan sumbangan adalah Pengarah YADIM Kelantan Ustaz Mahadi Awang. Turut hadir ialah ketua Sukarelawan YADIM Tumpat, Mohd Najib.
Seterusnya YADIM menziarahi keluarga En Burhan di Kampung Pengkalan Chengal, Perupok Bachok.En Burhan yang bekerja sebagai petani terpaksa menjaga anaknya yang terlantar sakit sejak empat tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya.
Sumbangan berupa lampin pakai buang, susu formula dan barangan dapur diserahkan kepada keluarga ini.
Destinasi terakhir ziarah asnaf YADIM Kelantan adalah keluarga Rohaya Mohamed yang tinggal di Jalan Wakaf Mek Zainab berdekatan Bandar Kota Bharu.
Beliau yang merupakan Orang Kelainan Upaya tinggal bersama suami dan dua anak di dalam rumah yang agak daif.Sumbangan barangan dapur diserahkan kepada keluarga ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *