Home » Langit Terbuka » Anwar duduki tangga ke-11 pemimpin, ahli politik Islam berpengaruh dunia

Anwar duduki tangga ke-11 pemimpin, ahli politik Islam berpengaruh dunia

Pemilihan Perdana Menteri dalam Muslim 500 dibuat berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak. - Foto The Star

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia menerusi kategori Penghargaan Terhormat.

Beliau menduduki tangga ke-11 dalam risalah edisi terbaru ‘The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2024’.

Bagi kategori ahli politik Islam paling berpengaruh, Anwar berada di kedudukan ke-17.

Pada tahun 2022, Anwar berada di kedudukan ke-22 daripada 500 individu dalam kategori pemimpin dan ahli politik Muslim paling berpengaruh.

Menurut risalah tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang juga ahli cendekiawan Islam berjaya menduduki tempat ke-25 dalam senarai ulama dan pendakwah paling berpengaruh di dunia.

Beliau adalah antara ilmuwan Islam yang banyak memberi sumbangan dalam bidang falsafah dan teologi Islam. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *