Home » Langit Terbuka » Arab Saudi beri 300 biasiswa untuk pelajar Malaysia

Arab Saudi beri 300 biasiswa untuk pelajar Malaysia

Pemberian biasiswa kepada 300 pelajar Malaysia diputuskan dalam pertemuan Dr Maszle Malik dengan Menteri Pendidikan Saudi, Dr Hamad Mohammed Al Shaikh. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Arab Saudi memutuskan untuk memberikan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia.

Khabar gembira itu dikongsikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menyatakan tumpuan biasiswa itu adalah kepada bidang sains dan teknologi.

“Arab Saudi juga sedang menyusun guru mereka daripada tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk dihantar dan dilatih di Malaysia.

“Ia bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi Pendidikan Abad Ke-21,” tulisnya dalam laman Facebook beliau.

Tambah beliau, kementerian berbesar hati menerima penghormatan sebegitu dan amat sudi untuk berkongsi pengalaman bersama mereka.

“Para guru mereka boleh mengambil pengalaman tinggal dalam budaya masyarakat Malaysia dan turut menyumbang dalam pembelajaran anak-anak kita di sekolah.

“Pertukaran suasana sebegini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meluaskan lagi spektrum pemikiran antara rakyat Malaysia dan Arab Saudi dan menyemarakkan aktiviti silang budaya,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *