Home » Langit Terbuka » ARAB SAUDI LANCAR ‘VISI MADINAH’, SEDIA SAMBUT 30 JUTA JEMAAH UMRAH MENJELANG 2030

ARAB SAUDI LANCAR ‘VISI MADINAH’, SEDIA SAMBUT 30 JUTA JEMAAH UMRAH MENJELANG 2030

Masjid Nabawi. - Foto Arkib

KUALA LUMPUR – Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman pada Rabu melancarkan ‘Visi Madinah’ untuk membangunkan sayap timur Masjid Nabawi, Madinah bagi menerima kedatangan 30 juta jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi.

 

Saudi Press Agency (SPA) memetik kenyataan Putera Mohammed bin Salman berkata, “Visi Madinah ini selari dengan objektif Wawasan 2030 dalam meningkatkan kapasiti jemaah umrah kepada 30 juta orang menjelang tahun 2030 mengikut kriteria dan standard yang tertinggi.

 

“Hal ini membuktikan komitmen Arab Saudi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah umrah di Madinah Munawwarah sebagai destinasi kebudayaan Islam yang moden”.

 

Menurut beliau, projek pembangunan itu akan dijalankan di kawasan berkeluasan kira-kira 1.5 juta meter persegi, menempatkan 47 ribu unit penginapan menjelang 2030, di samping kawasan tanah lapang dan hijau.

 

“Projek ini turut menyediakan sembilan stesen bas, stesen kereta api bawah tanah, laluan kenderaan pandu sendiri dan tempat letak kereta bawah tanah, bagi memudahkan perjalanan jemaah ke Masjid Nabawi, selain menyediakan peluang pekerjaan dan merancakkan aktiviti perniagaan setempat”, katanya lagi.

 

Menurut SPA lagi, Visi Madinah dijangka dapat meningkatkan mutu dan taraf hidup penduduk Madinah dan jemaah umrah yang melawat bandar itu dengan peningkatan kapasiti hotel dan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan di sayap timur Masjid Nabawi. –AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *