Home » Langit Terbuka » Dua jemaah umrah maut, 18 cedera, bas bertembung lori

Dua jemaah umrah maut, 18 cedera, bas bertembung lori

Keadaan bas selepas bertembung dengan lori di Lebuhraya Riyadh-Taif yang mengorbankan dua jemaah umrah. - Foto AGENSI

MAKKAH: Dua jemaah umrah Oman maut, manakala 18 lagi cedera dalam kemalangan bas berhampiran Taif ketika dalam perjalanan ke Makkah pada petang Rabu.

 

Bas yang membawa jemaah umrah bertembung dengan sebuah lori di Lebuhraya Riyadh-Taif.

 

Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Saudi di Makkah berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan di lebuh raya Riyadh-Taif selepas Jambatan Nasayef menghala ke Taif.

 

Sebaik laporan diterima, 11 anggota pasukan kecemasan bergegas ke tempat kejadian dengan ambulans dan menjalankan misi menyelamat.

 

Dua jemaah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala jemaah yang cedera dibawa ke hospital.

Sementara itu, kedutaan Kesultanan Oman di Riyadh mengesahkan penyelarasan sedang dijalankan oleh Konsulat Jeneral Oman di Jeddah dan pihak berkuasa Saudi yang berkaitan untuk segera menyelesaikan prosedur penghantaran pulang jenazah ke Oman, serta memastikan rawatan dan perubatan terbaik untuk mangsa cedera.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *