Home » Langit Terbuka » Arab Saudi lulus kuota haji Malaysia kepada 30,200

Arab Saudi lulus kuota haji Malaysia kepada 30,200

KUALA LUMPUR 15 Mac – Kuota haji Malaysia ditambah kepada 30,200 jemaah bermula musim haji tahun ini, kata Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, kelulusan itu diperoleh ketika kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia akhir bulan lalu.
“Selain kita menerima pelaburan daripada ARAMCO-PETRONAS sebanyak RM31 bilion, persetujuan juga dicapai untuk kembalikan kuota 30,200 berbanding 22,000 tiga tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.
Sultan Muhammad V Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini memaklumkan, permintaan Malaysia bagi penambahan kuota jemaah haji mendapat maklum balas positif Raja Salman.
Kerajaan Arab Saudi pada bulan lalu juga mengumumkan mengembalikan kuota jemaah haji Malaysia kepada 27,900 orang untuk musim haji tahun ini berbanding 22,230 orang sejak 2013.- https://www.menara.my

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *