Home » Langit Terbuka » Bekerja di Eropah tidak boleh pakai tudung

Bekerja di Eropah tidak boleh pakai tudung

LUXEMBOURG 15 Mac – Mah­ka­mah Keadilan Eropah (ECJ) telah membenarkan syarikat-syarikat di Eropah melarang penggunaan simbol keagamaan atau politik termasuklah tudung kepada pekerja mereka.
Mahkamah berkenaan berkata, tidak timbul isu dikriminasi jika sesebuah firma mempunyai peraturan dalaman yang mengharamkan pemakaian tudung dan sebagainya.
Selain itu, ECJ sedang menimbangkan kes seorang wanita Islam, Samira Achbita yang dipecat oleh syarikat keselamatan G4S di Belgium selepas dia berkeras mahu memakai tudung.
Samira dilantik sebagai penyambut tetamu di G4S pada tahun 2003 dan ketika itu, syarikat berkenaan tidak mempunyai peraturan bertulis berhubung larangan pemakaian tudung.
Pada tahun 2006, Samira memberitahu majikannya bahawa dia mahu memakai tudung di tempat kerja dan akhirnya syarikat tersebut mengeluarkan arahan larangan rasmi sehingga menyebabkan Samira dipecat serta-merta.
Sementara itu, kumpulan hak asasi Amnesty Internatio­nal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, tindakan ECJ amat mengecewakan dan bakal mencetuskan lagi isu diskriminasi di benua tersebut.
“Keputusan itu telah membuka pintu belakang kepada amalan prejudis kepada syarikat-syarikat di Eropah,” kata Amnesty dalam kenyataan tersebut.
Sesetengah negara di Eropah seperti Austria sedang mempertimbangkan larangan berhubung pemakaian niqab di kawasan awam manakala Pe­rancis tahun lalu mengharamkan penggunaan baju renang untuk wanita Islam, burkini. – AFP, https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *