Home » Langit Terbuka » Arab Saudi tahan 54 suspek pengganas di musim haji

Arab Saudi tahan 54 suspek pengganas di musim haji

RIYADH, 19 Sept. – Pihak keselamatan Arab Saudi telah menahan 54 suspek dipercayai terlibat dengan pengganas dari sembilan buah negara pada musim haji baru-baru ini.

Menurut laporan, 30 daripada suspek adalah warga Arab Saudi, 13 dari Bahrain manakala selebihnya adalah Pakistan, Yemen, Sudan, Syria dan Iraq.

Pihak berkuasa menahan 17 suspek termasuk sembilan dari Bahrain, tiga warga Pakistan, dua Saudi manakala selebihnya Yemen dan Sudan pada hari pertama dua juta umat Islam menunaikan ibadah haji.

Bagaimanapun, tiada tangkapan yang dibuat pada hari kedua, namun 27 suspek ditahan pada hari berikutnya termasuk seorang daripada warga Brunei.

Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi berulang kali mengeluarkan amaran untuk tidak bertoleransi dengan sebarang bentuk atau manifestasi keganasan serta ekstremisme di negara itu, terutamanya ketika musim haji. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *