Home » Langit Terbuka » Polis siasat jenayah bakar masjid di Edinburgh

Polis siasat jenayah bakar masjid di Edinburgh

SCOTLAND, 19 Sept.  – Polis Scotland telah membuka siasatan terhadap perbuatan jenayah kebencian selepas sebuah masjid dibakar di bandar Edinburgh.

Kejadian awal pagi Ahad itu telah menyebabkan Masjid Pusat di Potterow rosak, dipercayai telah dilontar objek di bahagian pintu masuknya.

Serangan menyebabkan bahagian kawasan taman yang mengelilingi tempat ibadat terbakar namun tiada sebarang kecedaraan dilaporkan berlaku.

Ketua Polis Edinburgh, Mark Rennie berkata, serangan itu disifatkan sebagai tindakan keji dan menggesa orang ramai yang menjadi saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.

“Nasib baik tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu, namun kesannya jauh lebih buruk jika kebakaran itu merebak,” katanya.

Polis bagaimanapun mengesyaki seorang suspek lelaki berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Kesaksamaan Wilayah Lothians dan Edinburgh (ELREC), Foysol Choudhury berkata, dia mengutuk serangan ke atas tempat ibadat itu dan menyifatkan ia sebagai serangan terhadap kebebasan beragama serta bersuara.

“Edinburgh tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang tindakan bertujuan untuk menyebarkan kebencian dan perpecahan dalam masyarakat dan negara,” katanya. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *