Home » Langit Terbuka » Arab Saudi, UAE, Mesir, Bahrain putus hubungan dengan Qatar

Arab Saudi, UAE, Mesir, Bahrain putus hubungan dengan Qatar

DOHA, 5 Jun – Empat buah negara Arab termasuk Arab Saudi telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Arab Saudi berkata, hubungan dengan jirannya itu diputuskan kerana semua tentera Qatar telah dibawa keluar dari Yaman.

Kenyataan rasmi Arab Saudi yang disiarkan awal hari ini melalui media kerajaan Saudi Press Agency menyebut bahawa tindakan itu bertujuan melindungi keselamatan negara, lapor Al-Jazeera.

Sementara itu, kementerian luar Bahrain juga berkata semua diplomatnya akan dibawa keluar dari Doha dalam tempoh 48 jam.

Reuters melaporkan, Bahrain, Arab Saudi dan UAE memberi masa selama dua minggu kepada semua rakyat Qatar keluar dari negara mereka.

Mesir pula menuduh Qatar berpendirian anti-Mesir dengan menyokong pertubuhan keganasan termasuk Ikhwan Muslimin.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada reaksi balas Qatar.

Ketegangan antara Qatar dan negara-negara semenanjung Arab dikatakan bermula selepas kejadian agensi berita kerajaan Qatar digodam.

Satu kenyataan pemimpin Qatar yang menyatakan sokongan kepada Iran, Hamas, Hezbollah dan Israel, dan menyatakan pemerintahan Presiden AS Donald Trump akan berakhir tidak lama lagi telah disiarkan oleh penggodam.

Qatar menafikan perkara tersebut dan mendakwa penggodam akan dihukum. – Agensi

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *