Home » Langit Terbuka » Arab Saudi umum hari pertama Ramadan esok

Arab Saudi umum hari pertama Ramadan esok

Mahkamah Agung Arab Saudi memutuskan bahawa menurut kalendar Islam, bulan Syaaban berakhir hari ini. - Foto RTM

RIYADH: Arab Saudi semalam memutuskan hari pertama bulan Ramadan jatuh pada hari esok atau Khamis, 23 Mac 2023.

Mahkamah Agung Arab Saudi memutuskan bahawa menurut kalendar Islam, bulan Syaaban berakhir hari ini, maka ketibaan bulan Ramadan, yang turut menandakan bermulanya ibadah puasa, akan bermula pada hari berikutnya.

Menurut Agensi Berita Saudi, pihak berkuasa negara itu mengarahkan penduduk supaya melihat anak bulan semalam bagi menandakan permulaan Ramadan, bagaimanapun ia tidak kelihatan.

Sementara itu, negara jirannya, Qatar, turut mengumumkan bahawa hari pertama Ramadan bermula esok, sama seperti di wilayah Palestin.

Pihak berkuasa agama di Jordan, Algeria dan Maghribi pula berkata keputusan akan dibuat hari ini sama ada Ramadan akan bermula esok atau hari berikutnya.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *