Home » Langit Terbuka » AS batal lebih 100,000 visa lawatan

AS batal lebih 100,000 visa lawatan

WASHINGTON, 5 Februari – Lebih 100,000 visa dibatalkan susulan larangan perjalanan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap tujuh negara Islam.

Angka itu dilaporkan akhbar The Washington Post menerusi pendakwa raya kerajaan ketika pendengaran di Mahkamah Virginia.

Minggu lalu, pentadbiran Trump mengeluarkan arahan untuk membekukan kemasukan pelarian dari warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria termasuk Yaman selama empat bulan.

Trump berkata, tindakan terbesar beliau sejak menduduki Rumah Putih ialah menyekat kemasukan pelawat dari tujuh negara sekurang-kurangnya 90 hari, akan memberi masa kepada pentadbirannya untuk mengkaji bagi memperketatkan lagi peraturan terhadap pelarian, pendatang dan pelawat.

“Saya menetapkan tapisan baharu untuk memastikan pengganas Islam yang radikal keluar dari Amerika. Tidak mahu mereka di sini,” kata Trump.

Larangan itu, walaupun sementara, berkuat kuasa serta-merta, menyebabkan kekacauan dan kekeliruan kepada pemegang pasport tujuh negara berkenaan yang merancang melawat AS. -Agensi

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *