Home » Citra Yadim » Guidance To Purity Convention 2017 : anjuran bersama YAAW, YADIM dan BAKL

Guidance To Purity Convention 2017 : anjuran bersama YAAW, YADIM dan BAKL

Sheikh Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Baith al-Kettany

KUALA LUMPUR 3 Februari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Yayasan Amanah Al-Wariseen (YAAW) dan Pusat Pengajian Ba’alawi Kuala Lumpur (BAKL) akan menganjurkan program konvenysen iaitu `Guidance To Purity Convention 2017: Notion To Be Corrected’.

Program berkenaan dijadualkan berlangsung pada 5 Februari ini bertempat di Dewan Muktmar Pusat Islam Kuala Lumpur dengan beberapa pengisian diatur termasuk ceramah yang akan disampaikan oleh tokoh-tokoh ilmuwan Islam terkenal.

Secara ringkasnya konvensyen ini bertujuan untuk menyebar dan mendidik masyarakat mengenai kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah terutama berkaitan beberapa isu penting seperti isu wahabi, ekstremisme, kedudukan hadis dan persoalan mengenai Rasulullah.

Selain itu, turut akan dibincangkan adalah mengenai amalan tarekat, perkembangan tasawwuf di Nusantara dan kefahaman liberalism dan pluralisme yang kian menyerap dalam masyarakat kini.

Program ini akan diadakan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab serta dijangka dihadiri pelbagai pihak termasuk pelajar universiti, kakitangan awam dan golongan professional muda.

Berdasarkan tentatif majlis, program akan bermula pada pukul 8 pagi dan akan bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad.

Sejurus selepas itu, konvensyen akan bermula dengan tiga slot ceramah yang dimulai dengan tokoh ulama, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadmi al-Maliki dengan tajuk ceramah mengenai pengaruh Sheikh Abdul Kadir Jailani terhadap perkembangan sufi.

Slot seterusnya menampilkan penceramah, Habib Umar Hamid al-Jailani bertajuk `The Origins of the four School of Jurisprudence’  dan  disusuli dengan slot Sheikh Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Baith al-Kettany bertajuk `The harmonious Classifications of the Hadith of The Prophet’.

Konvensyen akan ditutup dengan kesimpulan yang akan disampaikan oleh Sheikh Afeefuddin al-Jailani.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *