Home » Citra Yadim » Asli Fun Ride 2022 YADIM Melaka, Negeri Sembilan

Asli Fun Ride 2022 YADIM Melaka, Negeri Sembilan

ALOR GAJAH – Seramai 50 penunggang motosikal dan tiga buah kereta telah menyertai program Asli Fun Ride 2022 yang merupakan kerjasama YADIM Melaka dan YADIM Negeri Sembilan pada 27 Jun.

Program yang juga mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini memulakan perjalanan dari Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan. Ia telah dilepaskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM yang juga Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Bin Ramli.

Hujan renyai renyai yang turun ketika upacara flag off sedikit pun tidak melunturkan semangat peserta program.

Sebaik tiba di lokasi program iaitu Kampung Orang Asli Bukit Payung di sini, diadakan sesi perkongsian sembang santai dengan tajuk ‘Mahabbah’ yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Abdullah Long, Pensyarah Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.

Majlis di sini seterusnya disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan JAIM, Ustaz Saiful Jamil. Majlis diteruskan dengan solat Zohor berjemaah dan juga jamuan makan tengah hari bersama penduduk kampung Orang Asli berkenaan.

Seterusnya pihak rombongan telah sama-sama menyantuni tiga buah rumah penduduk Orang Asli yang daif dan menyampaikan sumbangan barangan makanan. Turut disampaikan ialah pelekat kempen ‘I Love Muhammad S.A.W’ dan ‘Jom Ke Masjid’.

Program tamat dengan sesi flag off pelepasan peserta konvoi pulang ke Negeri Sembilan yang disempurnakan bersama oleh Ustaz Saiful Jamil, Penyelaras YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly dan Penyelaras YADIM Negeri Melaka, Ustaz Hassanal Haris.

Turut hadir ke program ini adalah mantan Pengarah YADIM Negeri Melaka, Muzafar Abd Rahim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *