Home » Citra Yadim » YADIM-ILP Marang kerjasama bina jati diri anak muda

YADIM-ILP Marang kerjasama bina jati diri anak muda

MARANG – Kerjasama dalam membangunkan jati diri anak muda di negeri ini antara YADIM dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang diteruskan lagi menerusi program terbaharu anjuran bersama pada 26 Jun iaitu Bicara Dakwah.

Program selama tiga jam di dewan ILP Marang itu diisi dengan slot ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan tajuk “Cinta Allah Vs Cinta Gadjet” yang berjaya menarik minat 150 pelajar termasuk yang bukan Muslim.

Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin berkata kerjasama ini diharap dapat membina jati diri warga anak muda ILP sebagai seorang individu yang berjaya yang bakal mentadbir negara di masa hadapan.

“Usaha keras perlu dilakukan sekarang dengan menggunakan kemudahan teknologi sebaik mungkin supaya suatu hari nanti para pelajar yang bakal berkhidmat di mana-mana sektor agensi kerajaan mahupun swasta bakal menyumbang kepada kemajuan dan melestarikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,” tegas beliau ketika majlis perasmian program.

Hadir sama di program tersebut ialah Pengarah ILP Marang, Puan Norlela Mustafa serta Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan, Tuan Haji Mohd Lazim Mat Lazi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *