KUALA TERENGGANU – Program Aspirasi Remaja MADANI yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Anjuran YADIM Negeri Terengganu, program ini menampilkan Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harme Aman Razali sebagai penceramah dengan membawakan tajuk “Rasulullah Qudwatun Hasanah Melahirkan Insan Rabbani”.
Beliau menjadikan keperibadian Rasulullah SAW sebagai teladan dalam pembentukan sahsiah generasi muda sebagai pengisian ceramahnya.
Program ini diharap dapat menyemai kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak dan teguh berpegang kepada ajaran Islam, sekali gus menjadi pewaris ummah yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.



KOMEN