Home » Langit Terbuka » Asteroid gergasi diramal menghentam bumi pada 2135

Asteroid gergasi diramal menghentam bumi pada 2135

Bennu berkelebaran lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic. Foto : Trendolizer

SEBUAH asteroid gergasi dijangka akan terhempas ke bumi pada tahun 2135.

Itu amaran para saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Asteroid gergasi yang diberi nama Bennu itu berkelebaran lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic, menurut METRO News.

Para saintis telah meramalkan asteroid tersebut akan memberi 80,000 kali lebih impak berbanding bom Hiroshima, menurut The Sun.

NASA mempunyai kapal angkasa yang diberi nama Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Response (HAMMER) direka khas untuk mengubah arah atau menghancurkan asteroid supaya tidak terhempas ke bumi.

Kapal Angkasa HAMMER ini juga mampu menghancurkan asteroid menggunakan bom nuclear, tetapi tidak disarankan kerana berkemungkinan memberi kesan buruk pada bumi.

Namun begitu, saintis telah memutuskan bahawa sebuah HAMMER tidak mencukupi dan tidak mampu mengubah arah Bennu.

Seorang ahli fizik di Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore, Kirsten Howley berkata,”menggunakan kapal angkasa HAMMER yang kecil boleh memberi ‘akibat buruk’ pada bumi.”

HAMMER hanya berukuran 9 meter tinggi dengan berat hampir 9 tan. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *