Penjawat awam jangan lalai, malas hingga pembangunan tergendala – Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan penjawat awam di negeri itu supaya tidak lalai dan malas sehingga menyebabkan projek-projek pembangunan di Selangor tergendala atau berdepan masalah. Baginda turut menasihati mereka agar melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. “Beta mahu kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan-urusan kerajaan […]

‘Jangan mainkan isu sensitif babitkan raja, kaum dan agama demi keharmonian negara’ – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan isu sensitif mengenai raja, kaum dan agama tidak disentuh demi menjaga keharmonian negara ini. Baginda juga memberi amaran supaya tidak mempolitikkan perkara yang sudah pun digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, baginda memberi jaminan bahawa hak agama dan kaum lain turut terpelihara namun ada batas yang harus mereka […]

Agensi agama junjung titah Sultan Ibrahim sebar luas syiar Islam

PUTRAJAYA – Semua agensi di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan meneruskan usaha menyebarluas syiar Islam di negara ini sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak tidak menyentuh isu 3R […]

Kerajaan laksana lebih banyak program perkukuh kesatuan, perpaduan

PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited untuk memperbanyak lagi program yang akan membawa masyarakat ke arah kesatuan dan perpaduan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Mohd Na’im berkata beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini yang antaranya menyeru semua lapisan […]

Warga emas terharu dapat al-Quran percuma di program Madani rakyat Zon Tengah

KUALA SELANGOR: Orang ramai yang mengunjungi Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor terharu dan gembira kerana dapat menukar al-Quran lama dan rosak dengan baharu secara percuma. Tinjauan Bernama di reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati pengunjung tidak putus-putus hadir di kaunter KDN bagi menukar al-Quran yang antaranya sudah lama dalam simpanan […]

Prestasi penjawat awam baik, tiada sebab lewatkan kajian sistem saraan – Anwar

Kuala Selangor: Prestasi baik yang ditunjukkan penjawat awam memberi keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum ia dimuktamadkan. Beliau turut memberi contoh kejayaan Program Madani Rakyat Zon Tengah membabitkan kerjasama semua peringkat jawatan daripada pelbagai kementerian dan pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan […]

Masjid, surau disaran pelbagai aktiviti tarik minat jemaah

PUTRAJAYA- Semua jawatankuasa masjid dan surau khususnya di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran untuk mempelbagaikan aktiviti, seterusnya menarik minat lebih ramai umat Islam bagi mengimarahkan rumah ibadat itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kehadiran pempengaruh merupakan sebahagian cara menarik minat jemaah, namun kaedah […]

Waspada individu mengaku keturunan Nabi Muhammad, Mawla Amin

Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keraguan dan fitnah dalam kalangan masyarakat Islam membabitkan isu individu yang mendakwa keturunan Rasulullah SAW. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, kerajaan negeri bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengusahakan tindakan bersama dengan Jabatan Imigresen Malaysia […]

‘Jangan membangun sambil merobohkan’ – Anwar

PUTRAJAYA – Al-Quran menekankan soal akhlak dan nilai manusia, yang secara jelas mempunyai hubung kait dengan pembangunan sesebuah tamadun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menjelaskan lanjut, Anwar berkata, Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi Barat semata-mata, sebaliknya turut mengikut apa yang diterapkan al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan. “Apa erti pembangunan, bangunan […]

Jangan terlalu taasub nasab Rasulullah tanpa selidik – Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta umat Islam supaya tidak terlalu taasub dengan dakwaan seseorang itu daripada nasab Rasullullah SAW. Beliau juga menasihatkan mereka supaya menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang ulama atau kumpulannya supaya tidak mudah menjadi mangsa tipu individu atau kumpulan yang berkepentingan, sambil mengingatkan keturunan […]