Aspirasi Belia Madani YADIM Terengganu

BELIA Sebagai aset utama negara sentiasa menjadi keutamaan YADIM Terengganu. Justeru menerusi program Aspirasi Belia Madani yang berlangsung pada 19 hingga 21 Januari di Kompleks DAR Al-Hikmah, Tok Jiring, Kuala Nerus, seramai 30 orang belia dilatih untuk mengasah bakat kepimpinan, komunikasi dan pembangunan aktiviti. Mereka merupakan pelajar terpilih daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Gong […]

Kunjung hormat kepada Jabatan Penjara Malaysia

SEBAGAI tanda hubungan akrab yang sedia terjalin antara YADIM dan Jabatan Penjara Malaysia, Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Alor Setar, Tuan Mohd Hafiz Abd. Latif. Kedua pihak sebelum ini telah beberapa kali mengadakan program kerjasama bersama, khususnya bagi membawa manfaat kepada penghuni penjara di Kedah. […]

YADIM Johor menyantuni mangsa banjir

MENERUSKAN Inisiatif membantu mangsa banjir di Johor, YADIM pada 21 Januari menyantuni 120 mangsa bencana berkenaan di Kota Tinggi. Setiap keluarga menerima sumbangan kit penjagaan kebersihan dan snek syarikat Family Bite Malaysia yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Naim Haji Mokhtar. Hadir ke program ini […]

Kem Kenegaraan Madani Mahasiswa Siri 2

KEM Kenegaraan Madani Mahasiswa Siri 2 telah dihadiri lebih 30 orang mahasiswa daripada Universiti Kuala Lumpur dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan Ilmu Khas di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat bermula 19 hingga 21 Januari. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat dengan penglibatan pegawai […]

SAY Kuala Langat menyantuni keluarga miskin & anak yatim

PROGRAM Turun padang menyantuni masyarakat oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat baru-baru ini menyaksikan 25 keluarga miskin dan anak yatim menerima sumbangan makanan. Mereka merupakan penduduk yang tinggal di sekitar Kampung Sawah, Kampung Sungai Buaya, Kampung Jenjarom dan Kampung Sijangkang. Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Encik Roslan Yaacob telah menyampaikan […]

Program Akrab Sukarelawan YADIM

SELAIN Fokus kepada menyantuni masyarakat, Sukarelawan YADIM (SAY) juga tidak lupa kepada ukhuwah dan kebajikan sesama anggota pasukan. Atas semangat ini, dianjurkan program Akrab Sukarelawan YADIM pada 19 dan 20 Januari oleh YADIM Terengganu dan SAY. Bertempat di Surau Kampung Tasek Cherang Melintang Besut, Masjid Kampung Mangkok Setiu dan Dewan Mina Banggol Donas, Kuala Terengganu, […]

Diskusi Sifat Solat Nabi S.A.W

LENSA Program Bicara Dakwah : Diskusi Sifat Solat Nabi S.A.W pada 20 Januari anjuran YADIM Terengganu di Masjid Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu. Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir dijemput memberi pengisian dalam program ini. Hadir dalam program ini ialah Pengerusi Masjid Kubang Parit, Haji Ruzak Md Noor. YADIM diwakili […]

Kursus Pemahaman Agama-Agama Dunia di ILIM

YADIM telah menghantar lima pegawainya menyertai Kursus Pemahaman Agama-Agama Dunia pada 15 hingga 19 Januari di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Kursus tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman, mantan pensyarah bidang Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membincangkan berkaitan asas fahaman lima agama besar dunia. Beliau merupakan tokoh […]

YDP YADIM menerima kunjungan wakil UPSI

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah menerima kunjungan dua orang wakil Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris di pejabatnya di Putrajaya pada 18 Januari. Prof Madya Dr. Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi dan Ustaz Muhammad Hasbi Abdul Rahman telah mengadakan perbincangan cadangan kerjasama modul sebutan dalam solat dan kursus […]

Lawatan kerja Pulau Aman, YADIM Pulau Pinang

DENGAN Kepelbagaian penduduk dan budaya, Pulau Pinang memerlukan pendekatan dakwah yang tersendiri dan proaktif. Cakna dengan keperluan itu, YADIM Pulau Pinang pada 18 Januari telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Aman, Seberang Perai Selatan untuk meninjau dan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Masjid Ar-Rahman di sana dan Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) bagi pihak YADIM […]