“Dengan keadaan lani, makan ja apa yang ada.”

KEPALA BATAS – Di sebalik wajah tenang, terselit pelbagai kisah di tanggung seorang ibu empat orang anak, Rozita Harun. “Maaf kak, lewat sampai,” ujar kami sebaik tiba di pintu kediaman seorang pemohon Telebantuan. “Takpa, nak mai (datang) bila pun, kak boleh tunggu, anak anak pun dah besa (biasa) macamni, dengan keadaan lani (sekarang), makan ja […]
200 botol air untuk penduduk Buluh Gading, Tepuh daripada YADIM Terengganu

BULUH GADING – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sehingga kini masih belum selesai menyebabkan begitu ramai pengguna terjejas. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu berusaha membantu sedikit sebanyak agar dapat meringankan beban penduduk terkesan. Terkini pada 6 Julai, YADIM Terengganu mengagihkan sebanyak 200 botol air mineral […]
Anak yatim, ibu tunggal, keluarga OKU disantuni SAY Sungai Besar

SUNGAI BESAR- Seramai 14 keluarga anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya disantuni Grup Mengaji Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Parlimen Sungai Besar pada 6 Ogos. Mereka menerima sumbangan makanan bermasak dan barangan keperluan dapur. Turut disantuni ialah sebuah keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19. Program sumbangan ini diketuai oleh Nor Aini Jaafar dibantu […]
50 keluarga OKU disantuni YADIM Kedah

KUALA KEDAH – Nasib Orang Kelainan Upaya tidak pernah dilupakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Jika mereka yang sempurna juga terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, apatah lagi mereka ini. Justeru pada 6 Ogos, seramai 50 keluarga OKU disantuni YADIM Kedah di sini menerusi pemberian barangan keperluan harian. Masyarakat perlu sedar bahawa mereka dilahirkan […]
Makanan siap dimasak, ikan tilapia segar untuk 29 keluarga asnaf

SIJANGKANG – Hasil konsisten dan komited menyantuni mereka yang memerlukan, telah menarik perhatian seorang penternak ikan tilapia turut sama dalam gerak kerja dakwah Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Bertempat di kawasan ini, SAY Kuala Langat pada 6 Ogos telah menyampaikan sumbangan ikan tilapia segar dan makanan bermasak kepada 29 keluarga asnaf di […]
Musaadah Pelajar Cemerlang RRY Bantu Persediaan ke IPT

PUTRAJAYA – “Kami rasa ini satu pengiktirafan untuk kami, satu motivasi untuk kami pergi lebih jauh lagi, khususnya dalam pelajaran. “Ketika ini, ada antara kami yang keluarganya bergelut dengan keadaan kewangan, bagaimana untuk mereka yang kurang bernasib baik ini melanjutkan pelajaran? “Justeru walaupun sumbangan ini ada yang anggap ia kecil, namun sekurang kurangnya ia membantu […]
Arab Saudi iktiraf kadar vaksinasi pantas Malaysia

PUTRAJAYA – Kadar vaksinasi negara yang antara terpantas di dunia mendapat penghormatan dan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi. Perkara itu dikongsi Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kunjungannya di sini, semalam. Zulkifli berkata, perkara itu […]
Gangguan bekalan air: YADIM Terengganu bantu sedia pam dan air mineral

KUALA TERENGGANU – Gangguan bekalan air yang terjadi di kawasan ini bermula 2 Ogos dijangka melibatkan lebih 23,000 pengguna berlarutan hingga beberapa hari lagi. Lebih menyukarkan penduduk kerana ada kawasan yang terlibat, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Bertindak pantas bagi meringankan beban orang ramai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 4 Ogos telah […]
Komuniti Gurun disantuni YADIM Kedah

GURUN – Pelbagai golongan komuniti yang memerlukan di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Ogos menerusi pemberian barangan keperluan harian. Sebanyak tujuh keluarga, terdiri daripada pesakit kanser, pemohon TeleBantuan, asnaf dan mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan dari Kampung Sungai Rotan, Kampung Batu 5 dan Padang Lembu di santuni YADIM […]
YADIM Pahang konsisten salur sumbangan pada yang memerlukan

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang kekal konsisten menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu pada 4 Ogos, tujuh keluarga di sekitar Kampung Panching, Felda Bukit Sagu 3, Felda Bukit Goh, kampung serta Taman Perumahan Padang Kuantan di sini menerima sumbangan daripada YADIM Pahang. Antara penerima termasuklah seorang ibu tunggal […]