Konsep ASWJ diperluaskan untuk merapatkan perbezaan mazhab

Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) akan diperluaskan bagi menangani perbezaan mazhab yang semakin membesar dan menjurus kepada memecah belahkan perpaduan agamawan dan masyarakat antara resolusi dalam Perhimpunan Agamawan Kebangsaan yang diadakan hari ini. Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menjelaskan konsep ASWJ ini telah diwarisi daripada ulama […]
Percanggahan politik dan agama cetuskan ketegangan masyarakat

Cabaran umat Islam timbul apabila berlaku sensitiviti yang tinggi terhadap percanggahan politik dan agama yang boleh mencetuskan ketegangan masyarakat dalam negara ini, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Yusri Mohamad. Beliau berkata, antara cabaran berkaitan perpaduan dalam masyarakat adalah perbezaan sentimen, kesan daripada pertembungan konflik yang timbul dalam pelbagai gelanggang. “Antara gelanggang […]
Syria: Tentera gabungan gempur kubu Daesh

BEIRUT 19 Julai – Sekurang-kurangnya 21 orang awam terbunuh dalam serangan udara oleh tentera gabungan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di kubu kuat kumpulan pengganas Daesh di utara Syria, semalam. Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh di utara Manbij manakala enam lagi terbunuh di sebuah perkampungan berhampiran bandar tersebut. Kubu […]
Pinda bidang kuasa Mahkamah Syariah

Hanya perlu majoriti mudah kelulusan di Dewan Rakyat Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA KUALA LUMPUR 18 Julai – Pas melahirkan keyakinan Rang Undang-Undang 355 bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan pada 26 Mei lalu dan hanya memerlukan majoriti mudah, akan diluluskan Dewan Rakyat dalam sesi persidangan akan datang. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang […]
Tanggungjawab besar petugas haji – PM

KUALA LUMPUR 18 Julai – Tanggungjawab petugas haji amat besar dalam menguruskan jemaah haji agar mereka dapat menunaikan rukun Islam kelima itu dengan lancar. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan berkenaan yang ditugaskan untuk membantu para jemaah Malaysia di Mekah dan Madinah pada musim haji yang bakal tiba amat dihargai dan diharap […]
Bukan Islam tidak berhak masuk campur

KUALA LUMPUR 18 Julai – Darell Leiking boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 jika kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang mempertikaikan khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sempena Aidilfitri lalu mempunyai unsur hasutan. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, orang bukan Islam tidak perlu mencampuri urusan agama lain […]
NGO Islam sokong bidang kuasa Mahkamah Syariah dipinda

KUALA LUMPUR 18 Julai – Menyahut seruan agar umat Islam berpegang kepada tali-tali Allah, sebanyak 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam daripada seluruh negara menyatakan sokongan kepada usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pindaan terhadap Akta 355. Tanpa mengenal sempadan batasan politik, kesemua NGO terbabit berkumpul di Pusat Islam bersama-sama kepemimpinan Pas yang diketuai […]
Perpecahan punca umat Islam lemah

oleh Mohd Shauki Abdul Majid DAKWAH Islamiah adalah suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah SWT. Untuk mencapai matlamat tersebut banyak halangan terpaksa dihadapi oleh dakwah. Justeru atas permasalahan inilah pihak Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Jabatan […]
Khidmat Komuniti Yadim di kawasan pedalaman Sabah

PADA 16 Julai lalu bersamaan 11 Syawal, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah telah menganjurkan program `Sayangi Mata Anda’ Khidmat Komuniti Di Aidil Fitri bertempat di Dewan Serbaguna Sukarelawan Al Falah, Kampung Murni, Nabawan. Program berkenaan telah mendapat sambutan yang cukup baik apabila lebih 200 penduduk kampung dan sekitarnya hadir untuk mendapatkan pemeriksaan mata […]
Asyraf Wajdi minta NGO Islam tak terbabit politik

KOTA BHARU, 17 Julai – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Islam disaran agar bersikap ‘non-partisan’ dengan tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ini penting supaya pertubuhan itu kekal sebagai ejen pendesak terutama apabila ada sesuatu masalah berkaitan Islam dibangkitkan “Dalam hal yang melibatkan […]