Bukan salah umat Islam

LONDON 15 Nov. – Tindakan berani seorang penduduk Britain mempertahankan umat Islam daripada dikaitkan dengan tragedi berdarah di Paris, menerusi satu kenyataan terbuka mendapat perhatian dan pujian orang ramai. Menurut laporan portal Mirror, Leigh Matthews berasal dari Cardiff, mengeluarkan kenyataan terbuka dalam laman sosial Facebook dengan menggesa orang ramai agar tidak menyalahkan umat Islam susulan […]

YADIM himpun 1,000 pendakwah muda

BANGI – Usaha menghimpunkan ahli-ahli Sahabat YADIM dari 26 Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) seluruh Malaysia telah berjaya direalisasikan dalam satu Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2015 yang bertempat di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) pada 14 November yang lalu. Konvensyen anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 orang mahasiswa/i ini […]

Vaping ikut trend

Vaping semakin menjadi petunjuk baharu dalam kalangan perokok di serata dunia apabila pengagumnya mula bercakap-cakap sehingga lewat pagi mengenai keseronokan yang mereka nikmati. Sebelumnya, ketika rokok masih menjadi sesuatu yang dianggap berprestij, ada pihak mengiklankanya sebagai “sumber inspirasi”, nikmat merasainya kesejukan “high country”, dan gaya macho seorang lelaki matang, yang turut ditemani wanita cantik, seksi […]

Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail – Bapa Perbankan Islam

Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail menjadi rakyat Malaysia pertama dinobatkan sebagai penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam bersempena Forum Kewangan Islam Antarabangsa (GIFF) pada tahun 2014. Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah berprestij ini adalah tepat berdasarkan pencapaian dan jasa yang disumbangkan terhadap kemajuan industri kewangan Islam negara dan antarabangsa. Berdasarkan sumbangan Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail […]

Peranan Jakim pertahankan Islam di Malaysia masih relevan

KUALA LUMPUR – Tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan Islamic State (IS). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kewujudan Jakim tidak sepatutnya dipersoalkan kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan […]

Vape membenarkan kemahuan?

Nampaknya, isu yang paling hangat diperkatakan sekarang sudah tentu isu vape atau rokok elektronik yang melalui pernyataan yang berbeza sama ada daripada pihak menteri, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Apatah lagi daripada pihak pengguna vape dan penjualnya. Sudah tentu mereka menolak pendirian Majlis Fatwa dan KMM dan menyambut baik pula sokongan yang diberikan […]

Politik

Dalam bahasa Arab, istilah politik disebut sebagai siyasah. Pada masa lalu, istilah siyasah (siasah) tidak digunakan secarak khusus. Namun, perbahasan tentang konsep ini boleh ditemui di dalam buku fikah dan usul fiqh yang membahaskan perwalian, perwakilan dan kepentingan umat, atau dalam buku falsafah politik karya ilmuwan besar Islam seperti al-Farabidan al-Mawardi. Selain itu, terdapat hukum […]

Raja Salman gesa masyarakat antarabangsa lindungi Palestin

ARAB SAUDI, Jumaat – Kerajaan Arab Saudi menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera memberi perlindungan kepada rakyat Palestin yang saban hari ditindas akibat kekejaman dan keganasan Zionis Israel. Raja Salman Abdul Aziz memutuskan untuk mengecam tindakan pihak berkuasa penjajah Zionis dan peneroka Yahudi yang terus melakukan kejahatan mereka terhadap penduduk Palestin termasuk tempat-tempat suci Islam. […]

FMD: Membina pemimpin muda berjiwa Islam

Pembinaan generasi muda adalah satu aspek yang sangat penting kepada sesebuah negara. Ini kerana, generasi muda adalah pewaris negara yang kelak akan menjadi pemimpin dan menentukan hala tuju negara. Justeru, menyedari hal demikian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah mewujudkan satu program khas yang diberi nama Felo Muda Dakwah (FMD) khusus bagi membentuk pendakwah muda […]

Muhammadiyah minat kerjasama dengan Yadim

KUALA LUMPUR, 2 November – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menerima kunjung hormat daripada Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia yang berminat mengadakan kerjasama untuk menjalankan aktiviti dakwah di kedua-dua negara. Delegasi Indonesia itu diketuai oleh Ketua Umum Pimpinan Muhammadiyah, Dr. Haedar Nashir serta diiringi oleh Setiausaha Umumnya, Dr. Abdul Mu’ti dan Ketua Umum Aisyiyah (sayap […]