Home » Langit Terbuka » Peranan Jakim pertahankan Islam di Malaysia masih relevan

Peranan Jakim pertahankan Islam di Malaysia masih relevan

sumber

KUALA LUMPUR – Tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan Islamic State (IS).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kewujudan Jakim tidak sepatutnya dipersoalkan kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai beanteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini.

“Jakim masih relevan pada hari ini dan tidak ada siapa yang boleh menafikan peranan besar yang dimainkan Jakim dalam menyelaras hal-hal agama sejak ia ditubuhkan sehingga meletakkan Islam ke tahap lebih tinggi dan sistematik.

“Bahkan tugas Jakim lebih mencabar dalam menangani isu-isu global seperti Syiah, Islam liberal dan kumpulan militan IS yang sedang menular di negara ini,” katanya.

Beliau mengulas artikel sebuah portal yang memetik kenyataan anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Ismail yang mahu Jakim dimansuhkan kerana dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.

Asyraf Wajdi berkata, Jakim diwujudkan atas persetujuan Majlis Raja-raja yang mahu agama rasmi Persekutuan ini terus dimartabatkan seperti diperjuangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman yang bertanggungjawab memaktubkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia 58 tahun lepas.

Katanya, sejak Jakim ditubuhkan sebagai urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang juga mendapat perkenan Majlis Raja-raja, badan itu tidak pernah merentasi sempadan urusan peribadi seseorang.

“Umat Islam di negara ini wajar meletakkan kepercayaan kepada Jakim untuk menangani pelbagai isu agama yang juga merupakan autoriti dalam hal seumpamanya di Malaysia,” ujarnya.

Sumber: KOSMO

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *