Home » Citra Yadim » Muhammadiyah minat kerjasama dengan Yadim

Muhammadiyah minat kerjasama dengan Yadim

Dr Yusri Mohamad (empat dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr. Haedar Nashir sempena majlis kunjung hormat dari Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia ke Yayasan Dakwah Islamiayah Malaysia (Yadim), semalam.

KUALA LUMPUR, 2 November – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menerima kunjung hormat daripada Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia yang berminat mengadakan kerjasama untuk menjalankan aktiviti dakwah di kedua-dua negara.

Delegasi Indonesia itu diketuai oleh Ketua Umum Pimpinan Muhammadiyah, Dr. Haedar Nashir serta diiringi oleh Setiausaha Umumnya, Dr. Abdul Mu’ti dan Ketua Umum Aisyiyah (sayap wanita) Dr. Siti Noordjannah Djohantini.

Ketibaan mereka diberi sambutan oleh barisan pengurusan YADIM yang diketuai oleh Yang Dipertua, Dr. Yusri Mohamad.

Dalam perjumpaan itu, kedua-dua pihak membincangkan peluang-peluang kerjasama dalam bidang dakwah terutama dari segi mengukuhkan ekonomi umat Islam dan membangunkan umat berasaskan ajaran al-Quran dan sunnah.

Dr. Haedhar berkata, Indonesia dengan jumlah penduduk Islam seramai 220 juta dan Malaysia dengan 60 peratus penduduknya orang Islam, perlu berganding bahu bagi mewujudkan satu kawasan Islam yang maju dan makmur serta menjadi ajaran agama sebagai teras kehidupan.

“Dalam era globalisasi ini, pelbagai masalah wujud dan ini memerlukan umat Islam untuk sentiasa berkerjasama antara satu sama lain bagi menghadapinya. Justeru, kerjasama umat Islam di kedua-dua negara adalah sangat penting,’’ katanya.

Sementara itu, Dr. Yusri berkata, sememangnya Yadim selama ini berusaha mewujudkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak di Indonesia kerana kepentingan negara itu di rantau Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *