Home » Citra Yadim » Membangun model Masjid Mesra OKU

Membangun model Masjid Mesra OKU

BANGI, 28 Oktober – Pembangunan konsep dan model Masjid Mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia masih berada dalam tahap kurang memberangsangkan. Golongan ini dilihat masih terpinggir dan mengalami kesukaran akses terutama dalam penggunaan kemudahan awam di masjid.

Atas inisiatif untuk membangunkan konsep tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) telah menganjurkan ‘Persidangan Meja Bulat: Masjid Mesra OKU’ bertempat di Bilik Senat, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia.

Persidangan tersebut telah menampilkan Prof. Dr. Raihanah Abdullah, Dekan Humanities Research Cluster, Universiti Malaya (UM) dan Datin A.R Mariani Mohd Suhud, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek JKR Malaysia selaku ahli panel sidang dengan membincangkan topik ‘Persidangan Meja Bulat: Masjid Mesra OKU: Konsep dan Cabaran Pelaksanaannya di Malaysia’. Manakala Prof. Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) bertindak sebagai pengerusi sidang.

Program yang dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta itu telah dihadiri oleh peserta OKU cacat penglihatan, cacat pendengaran dan autisme yang mengemukakan pelbagai persoalan yang membelenggu golongan OKU setiap kali melaksanakan ibadah di masjid.

Antara permasalahan yang diutarakan ialah kemudahan untuk menggunakan kerusi roda dalam ruang solat, penyediaan juru bahasa ketika khutbah Jumaat dan penunjuk arah yang lengkap di sekitar masjid.

Turut hadir adalah wakil daripada Jabatan Seni Bina UKM dan Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ucapan perasmian penutup persidangan telah disempurnakan oleh Dr. Yusri Mohamad, Yang Dipertua Yadim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *