Penarikan sijil halal Secret Recipe

PUTRAJAYA 26 Mei – Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, penarikan balik sijil halal bagi syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. (Secret Recipe) bukannya di­sebabkan oleh kesalahan penggunaan bahan haram dalam pempro­sesan produk. Pengarahnya, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, penarikan itu berikutan berlaku pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan […]

Krisis Rohingya jadi agenda OIC

JEDDAH 25 Mei – Krisis pelarian penduduk Islam Rohingya akan menjadi agenda utama pada persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mencari penyelesaian politik dan aspek kemanusiaan dalam usaha mengakhiri krisis orang hanyut di Laut Andaman dan Selat Melaka. Pada mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar OIC yang dijadual berlangsung di Kuwait pada Rabu ini, pertubuhan Islam tersebut […]

SOHO: Nampak mudah tapi perlu disiplin tinggi

Susunan Editor Amalan bekerja dari rumah sudah semakin mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat pada hari ini terutama golongan belia. Terbeban dengan lambakan kerja yang tidak berkesudahan di pejabat, kerja-kerja yang menuntut kepada tarikh akhir, tekanan menghadapi kesesakan jalan raya yang tidak menentu, anak-anak terpaksa dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, masalah untuk menjaga anak-anak […]

Abdullah Hukum

Susunan : Editor Kalau ditanya kepada generasi muda hari ini kenalkah mereka kepada Abdullah Hukum? Saya jamin kebanyakannya akan menjawab tidak kenal, tidak tahu, pernah dengar tapi tidak tahu siapa ataupun paling kurang mereka akan menjawab, tidak pernah ambil pusing pun siapa dia. Kalau ditebak kepada anak-anak kotaraya Kuala Lumpur mereka pasti tahu tentang Stesen […]

Amalkan tabayyun elak muflis

KETIKA menulis artikel ini, penulis masih berada di Australia dalam rangka lawatan kerja bagi memenuhi undangan pelajar-pelajar Malaysia yang menganjurkan Seminar Pembangunan Insan. Seminar yang dianjurkan oleh Kelab Umno Luar Negara Australia Melbourne mendapat sambutan yang begitu hebat daripada pelajar pelbagai kaum dan agama. Alang-alang sudah berada di sini, penulis mengambil kesempatan untuk turut mengadakan […]

Biru Langit Itu – berdakwah dalam sastera

TAJUK : BIRU LANGIT ITU TAHUN TERBIT : 2015 HARGA : 25.00 ISBN : 978-967-5128-27-1 HALAMAN : 245 MUKA SURAT DISELENGGARAKAN OLEH : ZALILAH BAHARI, SITI SUHAFZAN SH IBRAHIM, NOORZIHAN MOHAMED YIN, ANNA ADNAN PENERBIT : YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA Antologi Sayembara Penulisan Dakwah (Cerpen) ‘Biru Langit Itu’ merupakan penerbitan pertama Yadim dalam bentuk penulisan […]

Jelas dan faham maksud hudud

TAJUK : PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA: SATU ANALISIS (HIMPUNAN KERTAS KERJA MUZAKARAH JENAYAH SYARIAH KEBANGSAAN 2014 SEMPENA PROGRAM DAKWAH NEGARA ANJURAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA) TAHUN TERBIT : 2015 HARGA : 29.00 ISBN : 978-967-5128-26-4 HALAMAN : 179 MUKA SURAT SUNTINGAN OLEH : SENATOR DATO’ DR ASYRAF WAJDI DUSUKI PENERBIT : […]

Hikmah kisah Isra’ dan Mikraj

Oleh : Mohd Hafizuddin Mohd Sidek Dalam bahasa Arab, perkataan sara ( سرى ) bermaksud melakukan perjalanan pada waktu malam. Sementara perkataan ( أسرى ), kata terbitannya adalah ( إسراء ) yang bermaksud memperjalankan seseorang di waktu malam. Manakala perkataan mikraj ( معراج ) pula bermaksud laluan ke atas atau tangga yang dilalui oleh Nabi […]

Jihad bukan hanya dengan berperang

Masih terdapat lagi umat Islam tidak memahami malah ada juga yang telah salah faham akan konteks jihad yang sebenarnya. Ada yang faham bahawa jihad adalah dengan mengangkat senjata dan pergi berperang atas alasan menegakkan syiar Islam dengan meletakkan sasaran pada golongan-golongan yang tertentu. Harfiahnya, pengertian jihad pada bahasa ialah mengerahkan segala upaya dan kemampuan bagi […]

Ahli 
Sunnah Wal Jamaah tidak iktiraf jihad IS

PUTRAJAYA 7 Mei – Pengaruh dalam bentuk jihad dan mati syahid oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) yang berjaya menarik penyertaan segelintir umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia jelas terkeluar daripada ajaran Islam dan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tokoh ulama sunni India, Sheikh Aboobacker Ahmed ber­kata, malah perbuatan ganas yang dilakukan oleh kumpulan itu […]