Home » Langit Terbuka » Bahana Wechat, Remaja Dirogol Bergilir

Bahana Wechat, Remaja Dirogol Bergilir

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah

SERI ISKANDAR – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menjadi mangsa rogol tiga lelaki selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat, Ahad lalu.

Kejadian jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berkenalan dengan seorang daripada suspek dibawa ke sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang.

Pada awalnya, mangsa bersetuju untuk bertemu suspek selepas seminggu perkenalan dengan alasan untuk lepak di Ipoh.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa bagaimanapun dibawa ke kediaman itu sebelum ditarik masuk ke bilik.

“Suspek memaksa pengadu membuka baju dan mengugut untuk tidak menghantar mangsa pulang sekiranya tidak menurut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dirogol dua lagi lelaki yang merupakan rakan suspek di bilik sama secara bergilir.

Katanya, ketika kejadian berlaku, mangsa tidak menjerit atau melawan kerana diugut tidak akan dihantar pulang.

“Mangsa akhirnya dihantar di bawah sebuah jambatan berhampiran kawasan Titi Gantung sebelum dijemput rakannya pulang,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, polis yang menerima laporan daripada mangsa semalam telah menahan tiga lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an di sekitar Seri Iskandar, petang tadi.

Menurutnya, kesemua mereka akan direman esok bagi siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan,” katanya. – SINAR HARIAN ONLINE

https://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/bahana-wechat-remaja-dirogol-bergilir-1.852657

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *