Home » Langit Terbuka » Marvel Terbit Filem Adiwira Muslim?

Marvel Terbit Filem Adiwira Muslim?

Dalam buku komik Marvel, Ms. Marvel digambarkan sebagai seorang remaja Amerika-Pakistan dari New Jersey bernama Kamala Khan.

LOS ANGELES 15 Mei – Marvel Studio sedang dalam pembikinan menghasilkan sebuah filem baharu berasaskan adiwira Muslim, Ms. Marvel.

Bagaimanapun menurut laporan BBC, filem itu bukan yang pertama menampilkan wanita sebagai pene­raju filem Marvel Studio ketika aktres Brie Larson bakal tampil dalam francais Captain Marvel pada 2019.

Penerbit Avengers Infinity War, Kevin Feige berkata, mereka sedang memfilemkan filem Ms. Marvel.

Jelas beliau, Ms. Marvel merupakan satu karakter lain dalam buku komik Marvel yang diilhamkan daripada Captain Marvel.

“Kami mempunyai rancangan ke arah itu sejak kita memper­kenalkan Captain Marvel kepada dunia,” katanya.

Dalam buku komik Marvel, Ms. Mar­vel digambarkan sebagai seorang remaja Amerika-Pakistan dari New Jersey bernama Kamala Khan.

Namun, masih belum ada lagi keputusan tentang siapa yang akan melakonkan watak Kamala Khan dengan aktres Priyanka Chopra di­sebut-sebut bakal mengisi tempat itu.

Aktres itu telah pun me­nyum­bangkan sua­ranya dalam karakter pada permainan video Marvel: Avengers Academy.

Malah beberapa peminat aktres itu menyokong Chopra melakonkan watak itu ketika terdapat pendapat yang mencadangkan watak Kamala Khan dipegang rakyat Amerika-Pakistan berbanding India – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/marvel-terbit-filem-adiwira-muslim-1.673453#ixzz5KLecQcCR

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *