Home » Langit Terbuka » Bangladesh haramkan saluran TV Dr Zakir Naik

Bangladesh haramkan saluran TV Dr Zakir Naik

DHAKA, 11 Julai – Kerajaan Bangladesh semalam mengharamkan saluran televisyen Peace TV yang dikendalikan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Tindakan itu diambil selepas laporan menyatakan ceramah pendakwah terkemuka itu mempengaruhi beberapa militan yang melancarkan serangan pengganas paling buruk di kafe mewah di ibu kota negara itu.

Menteri Perindustrian, AAmir Hossain Amu berkata, keputusan mengharamkan Peace TV Bangla dibuat ketika mesyuarat khas Jawatankuasa Kabinet mengenai Undang-Undang dan Arahan.

Katanya pada mesyuarat yang dihadiri menteri kanan dan pegawai atasan keselamatan, turut memutuskan untuk memantau khutbah Jumaat untuk memeriksa sama ada ucapan provokatif disampaikan.

Ucapan Dr Zakir dipercayai mempengaruhi beberapa militan Bangladesh, yang membunuh 22 orang, terutama warga asing, di restoran mewah di Dhaka pada 1 Julai lalu.

Bagaiamanapun Dr Zakir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan memuat naik video mengutuk keganasan militan IS.

Katanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh mewajarkan pembunuhan orang tidak bersalah sebagai ajaran Islam. – Agensi

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *