Home » Ensiklopedia » BANGSA ARAB

BANGSA ARAB

SALAH SATU BANGSA DALAM RUMPUN SEMITIK ialah bangsa Arab. Dari segi geografi, bangsa Arab mendiami kawasan Semenanjung Tanah Arab yang terletak di barat daya benua Asia. Kini, bangsa Arab  tidak hanya tertumpu di kawasan itu tetapi di kawasan itu tetapi tersebar di pelbagai kawasan hingga ke Syiria dan Maghribi. Jika ditinjau dari segi kawasan kediaman, bangsa Arab dapat dibahagikan kepada penduduk pendalaman dan penduduk kota. Penduduk pendalaman tidak mempunyai tempat tinggal tetap manakala penduduk kota mempunyai tempat kediaman tetap. Selain bertani, penduduk kota pandai  berdagang. Bangsa Arab hidup dalam kabilah, baik yang normad mahupun yang menetap. Oleh itu, perselisihan sering kali terjadi. Menjelang kelahiran Islam, dunia Arab terus menjadi kancah peperangan. Penduduk pendalaman selalau berpindah- randah dari satu kawasan ke kawasan lain dengan membawa ternakan mereka untuk mencari sumber air.

WATHANIYAH

BANGSA ARAB SEBELUM Islam sudah menganut agama yang mengakui Allah SWT, sebagai Tuhan, satu kepercayaan yang diwarisi daripada Nabi Ibrahim as dan Ismail as. Al- Quran menyebut agama yang dianuti keturunan Ibrahim ini sebagai hanif, mempercayai keesaan Allah SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh. Akan tetapi, lama kelamaan kepercayaan bangsa Arab ini tidak lagi asli seperti yang diajarkan Nabi Ibrahim as. Kepercayaan yang menyimpang daripada agama hanif itu terkenal dengan sebutan wathaniyah (berhala), agama yang menyekutukan Allah SWT. Namun, tidak semua bangsa Arab jahiliah menganut agama Wathaniyah. Sebahagian daripada mereka yang tinggal di luar kawasan Makkah, seperti di Ta’if dan Yathrib, menganut agama Yahudi dan Nasrani. Agama Wathaniyah (berhala) menuhankan berhala. Penganut agama ini menyembah ansab (batu yang berbentuk) dan asnam (patung yang diperbuat daripada batu).

NABI ISMAIL A.S

Nabi Ismail, seperti juga ayahandanya (Nabi Ibrahim), adalah seorang nabi yang bertutur bahasa Ibrani (bahasa orang Yahudi). Selama tinggal di kawasan Makkah, tempat Ismail dan bondanya (Hajar) ditinggalkan oleh Ibrahim, Ismail bergaul dengan beberapa suku Arab yang menetap di kawasan itu. Ismail kemudian menikahi salah seorang puteri daripada suku itu. Daripada keturunan Ismail, muncul beberapa kabilah Arab baru. Salah satunya ialah Adnan, asal- usul kabilah Arab yang datang selepas itu, termasuk Quraisy yang menjadi suku orang Arab Makkah.

NABI MUHAMMAD SAW DAN BANGSA ARAB

Dengan kelulusan agama Wathaniyah (berhala) dan semakin longgarnya ikatan moral di kalangan bangsa Arab , diutuslah seorang Nabi saw yang dipertanggungjawabkan mengembalikan agama bangsa Arab kepada agama tradisi Ibrahim a.s, yakni agama hanif. Ketika Nabi Muhammad saw diputerakan, Makkah tidak sahaja rosak dari segi kepercayaan agama, malah dalam amalan kehidupan sehari- hari. Bangsa ini juga telah mengabaikan nilai akhlak yang diajar dalam agama hanif. Perjudian, pembunuhan kanak- kanak dan kaum wanita, riba hingga perhambaan adalah sebahagian daripada kegiatan bangsa Arab Makkah. Kedatangan Nabi Muhammad saw, selain mengembalikan bangsa Arab kepada agama hanif, juga untuk membanteras amalan tidak berakhlak yang sudah meluas.

YAMAN DAN HIJAZ

Selain wilayah Babylon nenek moyang bangsa Arab juga menempati kawasan Yaman dan Hijaz. Kawasan Yaman merupakan tempat tinggal kabilah seperti Jurhum, Khalan dan Himyar, moyang bangsa Arab yang biasa disebut sebagai bangsa Arab asli (‘aribah). Kawasan Hujaz merupakan tempat tinggal suku pendatang yang menikahi beberpa keturunan daripada suku Arab Asli. Keturunan bangsa Arab berasal  dari Hijaz ini disebut sebagai Arab- Indo (musta’ribah). Nabi Muhammad saw adalah dari keturunan Arab- Indo, kerana asal usul nenek moyang baginda berasal dari Nabi Ismail a.s.putera Nabi Ibrahim a.s,

UMAIYAH DAN ABBASIYAH

Kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah merupakan dua contoh kerajaan keturunan  bangsa Arab  yang berjaya kerana Islam. Kerajaan Umiayah didirikan oleh Muawiyah bin Abu Sufian, keturunan bangsawan Arab Quraisy, manakala Kerajaan Abbasiyah didirikan oleh Abbas al- Saffah. Pada masa pemerintahan Daulah Abbasiyah inilah Islam mencapai kegemilangannya.

RATU BALQIS

Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab pernah mengalami kecemerlangan budaya. Misalnya, bangsa Arab di wilayah Yaman, menurut bukti arkeologi, pernah mengecapi kegemilangan di bawah pimpinan para pemerintah yang adil dan bijak. Ratu Balqis (ratu Kerajaan Saba’) yang hidup sezaman dengan Nabi Sulaiman a.s adalah antara contoh pemerintah Arab yang berjaya membangunkan kerajaan yang makmur di kawasan Yaman. Daya tarikan Balqis dan kerajaan yang luar biasa menarik keinginan Nabi Sulaiman a.s. untuk menguasai kerajaan itu.

PERLUASAN WILAYAH ISLAM

Sepeninggalan Nabi saw, seluruh Semenanjung Tanah Arab dikatakan telah memeluk agama Islam. Sebagai pemerintah politik di Madinah, para khalifah kemudian melanjutkan usaha Nabi saw untuk menyebarkan Islam ke Negara jiran. Khalifah yang pertama melakukan penyebaran ini ialah Umar bin al- Khattab. Penyebaran besar- besaran yang berikutnya berlansung semasa kerajaan Umaiyah. Dalam waktu ynag singkat, Islam sudah tersebar ke luar Semenanjung Tanah Arab.

KEMUNDURAN BANGSA ARAB

Ketika bangsa Arab memasuki zaman kehancuran, tiga bangsa (Arab, Parsi dan Turki) di kawasan itu berlumba- lumba mendirikan kerajaan kecil. Mereka berusaha memerdekakan diri daripada kuasa pusat (Abbasiyah di Baghdad) yang mula menjadi medan perubatan kuasa politik antara tiga bangsa Islam yang besar itu. Pada tahun 1258, jatuhnya Baghdad ke tangan tentera Hulagu Khan (Mongol) merupakan keruntuhan awal dominisi bangsa Arab dalam peradaban Islam. Sejak itu, wilayah Arab tidak lagi dikuasai oleh orang Arab tetapi para pemerintah Islam bukan Arab seperti Uthmaniyah (di Turki ), Safawiyah (di Iran) dan Moghul (India). Malah, sejak penjajahan menguasai hampir seluruh negeri Timur, kawasan Arab tidak terlepas daripadanya . Inggeris dan Perancis menguasai sebhagian besar wilayah ini sejak abad ke- 18.

LIGA ARAB DAN USAHA PERSATUAN

Penjajahan Eropah bagaikan serampang dua mata bagi bangsa Arab. Dari satu segi, kekuatan asing itu menyedarkan bangsa Arab untuk melepaskan diri daripada cengkaman para pemerintah bukan Arab (khususnya Kerajaan Uthmaniyah). Namun dari segi lain, penjajahan menyebabakan mereka berpecah menjadi beberapa Negara kecil seperti Mesir, Syria, Arab Saudi, Jordan, Iraq dan Libya. Memandangkan perlunya persatuan, pada 22 Mac 1945 beberapa tokoh Arab mendirikan Liga Arab. Kini Liga Arab dIanggotai 12 buah Negara. Oleh sebab penjajahan belum lenyap sepenuhnya dari tanah Arab, cita- cita persatuan masih belum tercapai. Namun usaha persatuan Arab terus diperhebat oleh tokoh nasionalisme bangsa ini.

GAMAL ABDUL NASSER

Pada 1 Februari 1958, Gamal Abdul Nasser, Presiden Mesir, mengisytiharkan REPUBLIK Arab Bersatu (RAB) . Organisasi ini akan dijadikan wadah yang menyatukan bangsa Arab. Namun ternyata hanya Syria yang menjadi anggota organisasi itu. Akibatnya, RAB tidak bertahan lama. Pada tahun 1961, Syria memutuskan untuk mengundurkan diri dari organisasi itu. Usaha persatuan bangsa Arab terus dilakukan hingga kini, termasuk menerusi Liga Arab yang hingga kini memiliki 22 negara anggota. Namun kepentingan politik dan ekonomi setiap pemerintah Negara tersebut selalu menggagalkan cita- cita agung bangsa yang pernah menguasai setengah bahagian dunia itu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *