Home » Citra Yadim » Program Pemantapan Pasukan Sukarelawan Al-Falah

Program Pemantapan Pasukan Sukarelawan Al-Falah

UNIT Sukarelawan Al-Falah Yadim telah mengadakan program pemantapan pasukan di Batu Kurau, Perak pada 31 Julai lalu, sebagai satu usaha menyemarakkan aktiviti keagamaan serta perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan.

Eksekutif Kanan Unit Sukarelawan Al-Falah, Bahagian Bina Ummah Yadim, Shahrizal Mat berkata, program pemantapan pasukan adalah di antara aktiviti yang kerap diadakan dari semasa ke semasa bagi membolehkan setiap pasukan berkenaan sentiasa aktif dan berperanan dalam masyarakat.

Katanya, dalam program berkenaanyang diadakan di Masjid Ar Ridhuaniah, Batu Kurau itu, aktiviti yang diadakan termasuk kelas pengajian tajwid, mesyuarat perancangan program dan kuliah Maghrib bertajuk ‘Bersatu Teguh, Bercerai Roboh!’oleh Ustaz Aqram Husin.

“Pada keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat dengan 100 orang hadir bagi menyertai aktiviti-aktivit yang telah diatur,’’ katanya.

Pasukan Sukarelawan Al-Falah telah ditubuhkan sejak tahun 2000 dan dirasmikan pada 2005 oleh timbalan perdana menteri ketika itu iaitu datuk seri najib tun razak.

Antara objektif penubuhan pasukan ini adalah untuk membolehkan penduduk setempat mengatur pelbagai program setempat yang mendatangkan manfaat kepada sesebuah komuniti itu dan sekaligus mengatasi masalah-masalah seperti gejala sosial di kalangan remaja.

Sejak ditubuhkan pasukan ini juga telah memberikan tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan sepeti membantu penduduk yang terlibat dalam bencana alam, menyalurkan bantuan kepada penduduk miskin, mengadakan program keagamaan di peringkat akar umbi dan program-program melibatkan golongan remaja.

Shahrizal berkata, hasil daripada program ini, pasukan ini telah merancang untuk mengadakan pelbagai program lain termasuk Bengkel Solat, Bengkel Pengurusan Jenazah, Bengkel Pengurusan Organisasi dan Wacana Masjid, Ahlisunnah Wajamaah

Beliau berkata, pasukan Sukarelawan Al-Falah Batu Kurau ini telah ditubuhkan sejak 2005 dan telah menerima sambutan yang sangat baik kerana masyarakat di kawasan berkenaan sememangnya  sangat memerlukan program berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan.

Sejak ditubuhkan pelbagai program telah diadakan oleh pasukan ini termasuk program khidmat bakti,  kecemerlangan ilmu, Ikhtikaf Ramadan Sahabat Yadim (Irsyad),  forum dan bantuan masyarakat (zakat).

Pasukan ini sekarang diketuai oleh Puan Kamariah Baharom.

Artikel Berkaitan

Ulama galakkan kesederhanaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam mempromosi kesederhanaan melalui tafsiran teks agama yang seimbang, memperjuang toleransi dan membimbing umat

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *