Home » Langit Terbuka » Bank Islam berjaya terbitkan tranche ketiga Sukuk Murabahah bernilai RM700 juta

Bank Islam berjaya terbitkan tranche ketiga Sukuk Murabahah bernilai RM700 juta

Bank Islam berkata sukuk terbitannya itu telah memperoleh penarafan A1/Stabil daripada RAM Rating Services Bhd. - Foto TMR

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd berjaya menerbitkan tranche ketiga Sukuk Murabahah bernilai RM700 juta di bawah Program Sukuk Murabahah RM10.0 bilion pada 21 Oktober.

Menurut kenyataan, Bank Islam berkata sukuk tersebut merupakan Sukuk Subordinat kedua yang diterbitkannya pada 2020.

Sukuk ini dikategorikan sebagai modal kawal selia Aras Dua Bank Islam dalam mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal bagi Institusi Perbankan Islam (Komponen Modal) oleh Bank Negara Malaysia, menurut Bank Islam.

Ia berkata penerbitan sukuk berkenaan akan meningkatkan kecukupan modalnya sejajar dengan keperluan Basel III.

Menurut bank itu, sukuk tersebut boleh ditebus balik pada nilai nominal penuh selepas tempoh matang, dan disertakan dengan pilihan pembelian pada tahun kelima terbitannya.

Bank Islam berkata sukuk itu telah memperoleh penarafan A1/stabil daripada RAM Rating Services Bhd.

RAM Ratings telah mengesahkan semula penarafan jangka panjang A1/stabil dan AA3/stabil masing-masing bagi Sukuk Murabahah Subordinat dan Sukuk Murabahah Senior, di bawah Program Sukuk Murabahah tersebut, kata Bank Islam.

Bank Islam juga merupakan penasihat utama, penyusun utama, ketua pengurus dan penasihat syariah bagi Program Sukuk Murabahah berkenaan. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *