Home » Langit Terbuka » Bank Islam raih anugerah perkhidmatan kewangan Islam cemerlang

Bank Islam raih anugerah perkhidmatan kewangan Islam cemerlang

Anugerah Al Mansor merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan prestasi cemerlang Bank Islam dalam bidang perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, seiring dengan persekitaran global. - Foto The Malaysian Reserve

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) memulakan tahun 2020 dengan lebih bermakna apabila berjaya meraih Anugerah Al-Mansor bagi Kecemerlangan Perkhidmatan Kewangan Islam di Anugerah Kecemerlangan Islam 1441H/2020.

Ia merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan prestasi cemerlang Bank Islam dalam bidang perbankan dan kewangan Islam di Malaysia dan seiring dengan persekitaran global, kata bank itu dalam satu kenyataan pada 9 Januari.

Anugerah itu disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kepada Ketua Pegawai Eksekutif bank itu, Mohd Muazzam Mohamed pada Malam Penghargaan Anugerah Kecemerlangan Islam 1441H/2020 di sini semalam.

“Kami amat gembira di atas penganugerahan berprestij ini yang menandakan permulaan baik untuk Bank Islam bagi 2020. Ia turut menjadi pendorong semangat kami untuk mempertingkatkan lagi usaha demi mencapai kejayaan lebih besar,” kata Mohd Muazzam.

Menurutnya, sejak penubuhannya pada 1983, Bank Islam juga terbukti terus mencatat perkembangan kukuh.

“Sejajar dengan cabaran dan potensi besar di pasaran, kami komited untuk terus berinovasi dan menawarkan produk serta perkhidmatan patuh Syariah yang relevan dan terkini serta memenuhi keperluan pelanggan,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *