Home » Citra Yadim » Tadabbur Al Quran, kunjungan Syeikh Ali Soleh ke YADIM

Tadabbur Al Quran, kunjungan Syeikh Ali Soleh ke YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus menerima kunjungan banyak pihak dan individu yang menawarkan pelbagai bentuk kerjasama  dengan mereka.

Terbaharu pada 10 Januari, Syeikh Ali Soleh dari Yayasan Syeikh Ali Jaber, Jakarta telah hadir ke YADIM bagi tujuan tersebut. Mengiringi beliau ialah pengurusan MZ Academy, sebuah badan bukan kerajaan Islam dari Singapura.

Menerusi Yayasan Syeikh Ali Jaber, beliau menawarkan untuk bekerjasama dengan YADIM dalam usaha pengajian berkaitan Al Quran dan gerakan dakwah di Malaysia khususnya.

Usaha itu nanti akan turut meliputi melahirkan lebih ramai hafiz Al Quran.

Beliau turut melahirkan hasrat untuk datang semula ke YADIM bagi mengadakan perbincangan yang lebih lanjut mengenai kerjasama berkenaan.

Hadir sama dalam perbincangan berkenaan selain Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua, Wan Subki Wan Salleh dan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Muhammad Hafiz Musa.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi Tadabbur Al Quran yang dihadiri oleh kakitangan YADIM.

Dalam sesi berkenaan, beliau menyentuh tentang perlunya umat Islam bersahabat dengan Al Quran, bukan sekadar membacanya.

Jelas beliau, hanya menerusi  menjaga perhubungan dengan Al Quran, kita akan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat.

Pada masa yang sama beliau turut berkongsi kaedah mudah untuk khatam Al Quran dengan mudah dan segera

Beliau turut berbicara tentang peranan dan kaedah dakwah hari ini yang tidak sama di setiap negara tidak sama.

Adalah penting ujarnya, untuk mempelajari budaya sesebuah kawasan untuk berdakwah. Perbezaan ini jelas beliau perlu diraikan dan dimanfaatkan kerana  ia adalah antara kandungan rahmah Islam yang membawa kebaikan kepada semua termasuk untuk bukan Muslim.

Syeikh Ali merupakan pendakwah terkemuka dari Indonesia yang mempelopori usaha melahirkan satu juta hafiz Al Quran di negara itu.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *