Home » Langit Terbuka » Bank Islam terima 3 pengiktirafan

Bank Islam terima 3 pengiktirafan

Bank Islam terus berazam meneruskan perjalanan Tranformasi Digital mengambil kira perubahan dan membawa teknologi ke dalam penyelesaian berasaskan syariah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya. - Foto Malaysian Reserve

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. meraih tiga pengiktirafan untuk kategori Best Customer Experience (Direct Debit), Best Direct Debit Bank dan Best FPX Bank sempena penganjuran Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEPA) 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pengiktirafan itu adalah berdasarkan sumbangan Bank Islam terhadap pertumbuhan pembayaran elektronik (e-pembayaran) di Malaysia.

Katanya, pengiktirafan Best Customer Experience (Direct Debit) buat kali kedua, susulan kemenangan pertama pada 2017, adalah bukti usaha berterusan Bank Islam untuk berada di barisan hadapan sektor perbankan digital di Malaysia.

Jelasnya, Bank Islam terus berazam meneruskan perjalanan Tranformasi Digital mengambil kira perubahan dan membawa teknologi ke dalam penyelesaian berasaskan syariah yang mana merupakan sebahagian daripada aspek penting dalam mencapai pertumbuhan mapan.

“Memberikan perkhidmatan yang seiring dengan trend digital semasa akan mempertingkatkan pengalaman perbankan pelanggan untuk melaksanakan transaksi perbankan mereka dengan selamat dan lancar.

“Ia juga merupakan satu keutamaan strategik bagi kami untuk melaksanakan usaha-usaha mewujudkan nilai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini (2 Ogos).

Anugerah-anugerah yang diterima Bank Islam telah disampaikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid kepada Mohd. Muazzam, 31 Julai lalu.

MEPA adalah satu acara tahunan anjuran Payments Network Malaysia (PayNet) yang memberi pengiktirafan terhadap pencapaian terbaik bank, perniagaan dan agensi-agensi kerajaan yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap kecemerlangan, inovasi dan pertumbuhan sektor e-pembayaran di Malaysia. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *