Home » Citra Yadim » Bantuan banjir di Baling, Kedah

Bantuan banjir di Baling, Kedah

SEBAIK Mengetahui banjir yang melanda Baling, YADIM Kedah dan Perlis segera mengatur usaha bagi membantu mangsa-mangsa bencana tersebut.
Selama tiga hari bermula 28 September, YADIM Kedah dan Perlis bersama 50 anggota Rakan Siswa YADIM (RSY) dan 10 Sukarelawan YADIM (SAY) Baling turun padang ke Kampung Hangus dan Kampung Jerai Kupang bagi menyantuni mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Seramai 100 mangsa daripada 30 keluarga menerima sumbangan makanan panas dan minuman.
RSY pula membantu mengadakan program ikonik YADIM, Cuci-Cuci membersihkan rumah kediaman terjejas.
Tidak cukup dengan itu, YADIM juga memberi sumbangan tenaga membersih dan mengalihkan barangan kediaman yang rosak untuk dibuang.
Turun padang ialah Penolong Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Zuhri Husain, Pengerusi SAY Baling, Abu Hassan Musa dan wakil
RSY Kedah, Airen Shazana Azmi.
Semoga sumbangan YADIM ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan ditanggung mangsa bencana ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *